Penyusuan secara eksklusif merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, segar, dan paling sesuai untuk bayi.
Susu ibu mengandungi pelbagai khasiat dalam imbangan yang betul mengikut keperluan bayi. Untuk memanfaatkan penyusuan susu ibu, ibu digalakkan memberi penyusuan secara eksklusif sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
Baca kepentingan susu badan kepada bayi dengan teliti.
Selain daripada kepentingan penyusuan badan secara sepenuhnya, ibu juga harus mengetahui kesan buruk kepada bayi jika tidak diberi susu ibu secukupnya.
Persoalannya, apakah kesan buruk yang berlaku pada bayi jika tidak diberi susu badan secukupnya?
Kesan Buruk Kepada Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu
1. Kurang Perlindungan (Antibodi Lemah)
Bayi yang tidak mendapat susu ibu akan mengakibatkan antibodi menjadi lemah. Kerana didalam susu ibu ada khasiat yang boleh meningkatkan antibodi bayi secara semulajadi.
Bayi tersebut kurang perlindungan daripada jangkitan penyakit dan penyakit kronik. Penyakit Jaundis (kekuningan) boleh dirawat hanya dengan bayi mendapat susu ibu yang secukupnya.
2. Terdedah Kepada Pencemaran Bakteria
Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko terdedah kepada bakteria atau virus.
“Bakteria boleh berjangkit pada bayi akibat daripada kesilapan semasa penyediaan susu formula atau cecair selain daripada susu ibu.”
3. Meningkatkan Kos Yang Tinggi
Susu ibu adalah anugerah oleh Pencipta kepada si bayi yang diberi melalui si ibu. Ia akan terhasil sejurus sahaja si ibu melahirkan anak.
Jika susu ibu tidak diberi kepada si bayi dan digantikan pula dengan susu formula, maka ibu perlu menyediakan kos yang mahal untuk membeli susu formula atau cecair selain susu ibu.
Selain daripada kos membeli susu formula, kos bahan api, air dan peralatan penyusuan juga perlu diambil kira.
Kesimpulan
Kegagalan memberi susu ibu kepada anak anda akan mengakibatkan penyesalan seumur hidup anda. Mencari pelbagai alasan untuk tidak memberi susu ibu kepada bayi amat mudah, namun kesan negatif menunggu kehidupan si bayi di kemudian hari.
“Berusaha memberi susu ibu kepada bayi anda kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai oleh Pencipta. Sesungguhnya kasih sayang Allah itu lebih daripada segala-galanya.”
Tags: #Kesan Buruk Kepada Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu #penyusuan eksklusif #susu ibu