Kepentingan Beserta Keperluan Menuntut Ilmu Bersanad

Talaqqi 1

Keperluan Menuntut Ilmu Bersanad

Pada asalnya istilah sanad atau isnad hanya digunakan dalam bidang ilmu hadis (Mustalah Hadis) yang merujuk kepada hubungan antara perawi dengan perawi sebelumnya pada setiap tingkatan yang berakhir kepada Rasulullah SAW pada matan hadisnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal pikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”.

(HR: Ahmad)

Imam Syafi’e rhm. mengatakan

“Tiada ilmu tanpa sanad”.

Al-Hafiz Imam At-Tsauri rhm. mengatakan

“Penuntut ilmu tanpa sanad adalah bagaikan orang yang ingin naik ke atap rumah tanpa tangga”

Bahkan Al-Imam Abu Yazid Al-Bustamiy menyatakan

“Barangsiapa tidak memiliki susunan guru dalam bimbingan agamanya, tidak ragu lagi nescaya gurunya adalah syaitan”

Pencerahan Cara menyambung sanad ilmu melalui dua jalur :
  1. Melalui sanad guru (sanad ilmu) mengikuti ulama yang bermazhab yang tersambung kepada Imam Mazhab yang empat.
  2. Melalui nasab (salasilah) ahlul bait, keturunan cucu Rasulullah SAW sampailah kepada keturunannya yang masih ada pada hari ini.

8 Trik Mudah Agar Anak Gemar Membaca

Ilmu Bersanad bermaksud pengajian yang diterima secara turun-temurun dan berkesinambungan. Maknanya ber’guru’ untuk mengambil ilmu, dan guru itu pula berguru dengan gurunya….sehinggalah sampai kepada tabi’in dan para sahabat yang berguru dgn Rasulullah SAW. Berguru itu memang sesuatu yg sunnah. Tausiyyah guru kami, bertalaqqi adalah jalan mengenal agama.

Sesungguhnya ilmu-ilmu fardhu ain tidak boleh sama sekali dipelajari semata-mata melalui pembacaan daripada kitab-kitab, internet atau membaca artikel tanpa berguru.

Ini kerana kemungkinan kitab-kitab yang dibaca terdapat penipuan dan tokok tambah mengikut kemahuan hawa nafsu dan mungkin juga terdapat kesilapan percetakan. Sebab itu cara mempelajari ilmu yang paling benar dan beradab ialah belajar secara talaqqi daripada guru yang bersanad.

Kesungguhan Ulama Dalam Belajar Agama 1

Kepentingan Ilmu Bersanad

Pentingnya ialah supaya kita tidak bertaqlid dan taksub membuta tuli tanpa sandaran dan rujukan yang boleh mentashihkan dari mana ilmu itu diperolehi.

Menghidupkan pengajian bersanad pada masa ini adalah suatu perkara yang harus diberi pujian dan galakan.

Meskipun ia bukan satu kefardhuan ke atas setiap orang dalam menuntut ilmu atau mengajarkannya, namun ketiadaannya langsung sama sekali dalam umat Islam mampu menjadi tanda pada dekatnya kehancuran umat ini.

Di mana kelak tiada lagi tinggal orang-orang berilmu yang bersanad, lalu orang mengambil ahli-ahli ilmu yang jahat, tiada keberkatan dan orang-orang jahil sebagai tempat rujuk dan pemimpin agama mereka. Justeru, mereka ini sesat lagi menyesatkan, dan akhirnya di atas merekalah dibangkitkan hari kiamat.

Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;

  1. Merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW (وكفى في الاتصال بالحبيب شرفاً) .
  2. Merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar (إنّ التشبه بالكرام فلاح).
  3. Merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka (الإسناد من الدين).
  4. Merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat (إن الأسانيد أنساب الكتب).
  5. Merupakan satu rahmat dan barakah (عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة).

Kesimpulan

Hari ini ramai yang mempunyai sarjana, doktor falsafah mahupun yang menjadi cendekiawan Islam, namun terlalu ramai yang memperolehinya dari universiti-universiti sahaja. Sanad mereka biasanya terputus pada Dekan atau Profesor mahupun Canselor Universiti terbabit biarpun selepas itu sandaran mereka masih lagi al-Quran dan al-Hadis.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #ilmu bersanad #Kepentingan Ilmu Bersanad #Keperluan Menuntut Ilmu Bersanad #Pencerahan Cara menyambung sanad ilmu

Solat Jemaah ; Kedudukan Seorang Makmum Wanita
SOALAN: Assalamualaikum ustaz. jika tidak mengganggu saya mohon penjelasan ustaz tentang posisi seorang
Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
4 Sifat Menghalang Ibadah Diterima Allah ; Ujub, Riak, Takabur, Sum’ah
Berhati-hati duhai sahabatku dalam kehidupan ini. Ramai manusia yang mengerjakan ibadah, namun dicampakkan

Leave a reply "Kepentingan Beserta Keperluan Menuntut Ilmu Bersanad"