Kehebatan Sifat Pemaaf Rasulullah s.a.w

Photo6138932670869121118

Sesungguhnya Allah suka memaafkan hambaNya, sekiranya seorang hamba bertaubat dan menyesal serta hatinya merasai kesakitan di atas kesalahan dan dosa yang dilakukannya maka Di berjanji akan menerima taubatnya. Hal ini adalah kerana Allah bersifat Pemaaf dan Pengampun lantaran itu Dia juga menghendaki hamba-hambaNya bersifat pemaaf.

“Namun syarat pemaafan itu hendaklah disertai dengan penyesalan dan mentaati perintah Allah serta menjauhi larangan Nya.”

Contoh pemaafan yang paling indah dapat kita temui dalam sirah Rasulullah s.a.w, iaitu kemaafan yang diberikan oleh Baginda kepada Hindun yang memeluk Islam ketika peristiwa Fath Makkah sedang giginya pernah meratah hati Bapa Saudara Baginda Saidina Hamzah semasa Perang Uhud.

Download

Juga kisah Hubar bin Al Aswad yang dahulunya merupakan salah seorang musuh ketat Islam, beliau pernah melepaskan anak panahnya lalu mengenai unta yang sedang ditunggangi oleh Saiyyidah Zainab r.a, puteri Rasulullah s.a.w yang sedang menuju Madinah akibatnya Zainab terjatuh dari unta tersebut. Sedang pada waktu itu Zainab sedang hamil dan akibatnya beliau keguguran dan ketumpahan darah yang banyak.

Pendarahan yang berlaku kepada Zainab menjadi penyebab kewafatan beliau dan banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh Hubar yang tidak terhitung banyaknya. Semasa peristiwa Fathu Makkah beliau melarikan diri dan beliau tidak diekori apatah lagi ditangkap. Sementara itu, ketika mana Rasulullah s.a.w sedang duduk bersama para sahabat baginda di Madinah Al Mumawwarah tiba-tiba Hubar datang menyapa baginda sambil berkata:

“Assalamu alaika Ya Rasulullah, sesungguhnya daku bersaksi tiada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah dan bahawa engkau adalah Rasulullah…

51f925402bfcb Imag 2719437b

daku melarikan diri dari mu ketika engkau berada di Mekah dan pada waktu itu niatku untuk menyertai kaum ajam tetapi daku teringatkan layanan mu, sumbangan mu dan kemaafanmu kepada mereka yang jahil tentang dirimu; Ya Rasulullah! kami dahulunya adalah orang yang menyengutukan Allah lalu Dia memberi hidayah kepada kami dengan sebab mu, Dia juga menyelamatkan kami dengan mu dari kemusnahan, maafkan kejahilan ku dan apa sahaja kejahatan yang telah sampai ke pengetahuan mu, sesungguhnya daku mengakui segala perbuatan jahat ku itu dan dosaku”.

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “daku telah memaafkan mu, sungguh Allah telah mengurniakan mu kebaikan apabila membimbingmu kepada Islam, memeluk Islam itu menghapuskan dosa-dosa terdahulu.”

Rasulullah s.a.w juga menegah para sahabat r.a mencela dan memalukan Hubar..

Kredit artikel : Dasuekey Mohamet

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Cara Breed Guppy Mudah Bagi Pemula
Pengenalan Ikan Guppy merupakan ikan hias yang paling popular di Malaysia. Daripada zaman
Biodata Syakirin Husnal, Pengacara Go Shop, Mingguan Wanita
Biodata Nama Penuh : Nur Syakirin Husnal Binti Azhari Nama Popular : Syakirin
Biodata Bella, Make Up Artis Terkenal Malaysia
Biodata Nama Penuh : Nur Nabila Binti Zulyadaini Nama Popular : Bella Umur
Biodata Fakhrul Razi, Penyanyi Filem Upin & Ipin, Keris Siamang Tunggal
Biodata Nama Penuh : Fakhrul Razi Bin Ibrahim Nama Popular : Fakhrul Razi

Leave a reply "Kehebatan Sifat Pemaaf Rasulullah s.a.w"