Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Tak Disangka-sangka

5 Kandungan Nutrisi Dalam ASI Yang Penting

1.Mengecutkan Rahim dan Mengurangkan Pendarahan

Golongan wanita dan ibu-ibu yang baru sahaja bersalin perlu menjaga kesihatan diri. Ini kerana selepas bersalin, mereka akan mengalami pendarahan di bahagian rahim dan memerlukan rehat untuk sembuh sepenuhnya.

Pendarahan di rahim terjadi akibat koyakan perineum (bahagian dubur dan alat sulit) yang terjadi semasa proses kelahiran. Hal ini adalah kebiasaan bagi ibu-ibu yang melahirkan anak terutamanya bagi anak yang pertama.

Oleh itu, penyusuan susu ibu dapat membantu mengecutkan rahim dan juga mengurangkan pendarahan selepas daripada kelahiran.

2. Mengeratkan Kasih Sayang  (Bonding)

Penyusuan susu ibu bukan sahaja memberi nutrien yang cukup kepada anak, malah kasih sayang antara ibu dan anak juga dapat dieratkan.

Apabila penyusuan susu ibu sepenuhnya dijalankan, bayi perlu berdampingan dengan ibu selama 24 jam sehari. Dan salah satu juga cara penyusuan sepenuhnya yang berjaya adalah memberi penyusuan kepada bayi apabila bayi memintanya (On Demand).

3. Mengurangkan Risiko Kanser Payudara dan Ovary

Ransangan dibahagian payudara yang dilakukan oleh bayi semasa proses penyusuan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Hisapan tersebut ibarat seperti urutan yang menyebabkan sel kanser tidak aktif dan ibu kekal sihat seperti sedia kala.

4. Membantu Menjarakkan Kelahiran

Proses penyusuan jangan dianggap mudah terutamanya oleh para suami. Tenaga, masa dan emosi yang stabil amat memainkan peranan yang penting supaya penghasilan susu sentiasa aktif dan kesihatan ibu kekal baik.

“Fokus dan perhatian yang tinggi kepada penyusuan bayi secara tak langsung dapat membantu menjarakkan kelahiran.”

5. Kurang Tekanan Perasaan Selepas Bersalin

Selain daripada membantu ibu dalam aspek kesihatan fizikal, penyusuan susu ibu juga memberi kesan positif terhadap kognitif dan otak ibu.

“Kurang tekanan perasaan akan menyebabkan penghasilan susu ibu yang stabil dan kadang-kadang melebihi apa yang dijangka.”

6. Mengembalikan Bentuk Badan Ibu Kepada Asal

Selepas bersalin, bentuk badan ibu juga akan berubah sama ada kembali kepada bentuk asal atau berat semakin bertambah.

Penting penyusuan susu ibu kerana salah satu aspek mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal selepas bersalin adalah kerap melakukan penyusuan.

7. Mudah dan Tidak Perlu Banyak Persediaan

Susu ibu adalah anugerah daripada Pencipta. Tidak perlu dibayar dalam bentuk wang ringgit. Namun, ibu harus memberikan hak susu ini kepada si bayi.

Penyusuan susu ibu tidak memerlukan persediaan yang rumit. Hanya usaha dan kesungguhan ibu diperlukan bagi amalan penyusuan penuh berlangsung.

8. Menjimatkan Masa Dan Wang

Kos bagi membesarkan seorang bayi semakin meningkat. Dari sudut pakaian, pampers dan keperluan lain telah membimbangkan pasangan suami isteri. Apatah lagi apabila anak diberi dengan susu formula, purata kos pembelian susu formula sahaja bagi bayi berumur 2 tahun dan kebawah adalah sebanyak RM250.00 sebulan.

Alangkah jimatnya apabila penyusuan susu ibu diberikan kepada bayi. Selain dapat menjimatkan masa, malah dapat menjimatkan wang juga.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Tak Disangka-sangka #penyusuan eksklusif

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Tak Disangka-sangka"