Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Yang Ibubapa Wajib Tahu

5 Kandungan Nutrisi Dalam ASI Yang Penting

1. Mengandungi Bahan Pencegah Penyakit (Antibodi)

Bayi amat terdedah dengan bakteria dan virus sama ada di udara atau dalam minuman (susu formula) serta makanan tambahan.

Antibodi bayi masih lagi tidak kuat dan amat jauh beza dengan antibodi seorang dewasa. Sebab itu, bayi mudah terkena jangkitan kuman dan alahan.

Oleh itu, susu ibu adalah lengkap mengandungi antibodi untuk bayi bagi mengekalkan perkembangan bayi dengan sihat dan sempurna.

2. Mempunyai Komposisi Nutrien mencukupi dan suhu yang sesuai

Keunikan susu ibu tidak tercapai akal manusia. Komposisi nutrien terkandung dalam susu ibu mencukupi keperluan badan bayi mengikut keadaan semasa.

Malah, suhu susu ibu yang terus daripada payudara amat sesuai dengan tubuh badan bayi. Sebab itu jika bayi yang sepenuhnya penyusuan ibu (eksklusif) sukar untuk mendapat penyakit kahak yang terlalu banyak atau alahan.

3. Mengelakkan Dari Kurang Zat Makanan Dan Cirit-Birit Serta Penyakit Saluran Pernafasan.

Bayi yang sepenuhnya mendapat nutrien daripada susu ibu tidak akan mengalami masalah kekurangan zat makanan, keracunan (cirit-birit) atau penyakit saluran pernafasan.

Ini kerana susu ibu dapat meningkatkan antibodi bayi dengan sempurna.

4. Mengurang Risiko Alahan

Jika seorang bayi diberi susu formula atau makanan makanan tambahan, ia memberi risiko alahan kepada bayi. Akibatnya bayi akan mengalami kemerahan pada kulit, gatal-gatal jika susu formula atau makanan tambahan tidak sesuai dengan kondisi bayi.

5. Perkembangan Daya Intelek Yang Lebih Baik (IQ Tinggi)

Nutrien yang ada dalam susu ibu bukan sahaja memberi kesihatan yang baik, malah perkembangan intelek adalah lebih baik.

Ini bermakna perkembangan otak bayi akan lebih tinggi apabila penyusuan susu ibu diberikan.

6. Kurang Masalah Pergigian Atau Ortodontik

Susu ibu dapat mengurangkan masalah pergigian pada bayi kerana nutrien yang dibekalkan dapat mengawal pertumbuhan gigi dengan baik.

Puting ibu juga merupakan satu ransangan bagi menjamin pertumbuhan gigi yang baik.

7. Mengurangkan Penyakit Kencing Manis, Pneumonia Dan Jangkitan Telinga

Susu ibu tidak mempunyai kadar gula yang tinggi. Ia dihasilkan seimbang dengan kadar perkembangan bayi.

Sebagai contoh, khasiat susu ibu bagi bayi yang berumur 1 bulan tidak sama khasiat susu ibu bagi bayi berumur 6 bulan.

8. Menggalakkan Tumbesaran

Jika anda membuat perbezaan dari sudut berat bayi yang diberi penyusuan susu ibu sepenuhnya (eksklusif) dengan bayi yang diberi susu formula, jelas bayi yang diberi susu formula lebih berat. Ini kerana susu formula terlalu banyak zat dan zat yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak.

Lemak yang terlalu banyak akan menyebabkan tumbesaran bayi terjejas dan berisiko mengalami penyakit kulit.

9. Penghadaman Yang Mudah

Susu ibu memberi nutrien yang seimbang dan secukupnya kepada bayi. Ini menyebabkan proses penghadaman lebih mudah dan teratur.

 

 

 

 

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Yang Ibubapa Wajib Tahu #penyusuan eksklusif #susu ibu

Biodata Caprice Ariz, Penyanyi Rap Malaysia
Biodata Nama Penuh : Ariz Ramli Nama Popular : Caprice Asal : Damansara,
Makanan Ikan Arowana Bagi Cepat Besar
Ikan Arowana perlu diberi makanan dengan baik dan berkualiti agar ikan membesar dengan
Khasiat Lipan Bagi Arowana – Arowana Kebanggaan Malaysia
Lipan sejenis Venom yg berbahaya, dan kulit lipan ada Beta-Carotene (Proten) yang tinggi
Asas Pengenalan Jenis Arowana atau Kelisa ; Highback, Super Highback, Crossback, Malaysian Golden
Terdapat beberapa istilah yang perlu diketahui bagi pembela ikan Arowana. Ilmu ini perlu

Leave a reply "Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Yang Ibubapa Wajib Tahu"