Jadual Untuk Pastikan Murid Siapkan Kerja Sekolah (Homework)

Doinghomewor

Entri kali ni ditujukan khas buat guru-guru yang hari-hari pening kepala bila murid tak siapkan homework yang diberi.

Homework Ban Education 582641

Alasan lupa nak buat la, tak sempat nak buat la, kena jaga adik la, lupa bawa buku dan macam-macam lagi…

Kini ada beberapa cara yang boleh digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah murid yang susah nak siapkan homework.

Doinghomewor

Jadual Tandatangan Ibubapa

Jadual ni boleh diberikan kepada murid pada hari pertama persekolahan. Murid perlu tampal jadual ni pada muka surat terakhir buku tulis atau buku latihan mereka. Setiap kali guru memberikan homework kepada murid, murid perlu mencatat pada jadual ini. Kemudian, ibu bapa perlu menanda tangan pada jadual tersebut. Jadual ini menggalakkan penglibatan ibu bapa untuk memastikan anak menyiapkan homework dan ibu bapa juga dapat mengetahui apa yang dipelajari oleh anak mereka di sekolah. Kat LINK bawah ni ada contoh jadual tersebut.

https://bit.ly/2RpCCP3

Jadual Ganjaran Bintang

Jadual ganjaran bintang juga sesuai digunakan untuk memberi galakan kepada murid untuk menyiapkan homework. Satu bintang sama ada berbentuk sticker atau cop boleh dilekatkan pada jadual apabila murid berjaya menyiapkan homework dengan sempurna dalam tempoh seminggu. Murid yang berjaya mengumpul bintang terbanyak dalam tempoh sebulan akan diberikan hadiah (pensel atau buku tulis pun dah memadai). Contoh jadual ada di LINK bawah.

https://bit.ly/2RuwpkY

Ganjaran Token Ekonomi

Contoh ganjaran yang boleh diberikan kepada murid

Best Student Trophy Award Gift By Aark India Pc 00240 By Aark Original Imaetveezwfhqpby

Surat Akujanji Nak Buat Homework

Kaedah ni macam sesuai untuk tazkirah murid bila mereka tak siapkan homework. Contohnya, Allah marah orang yang mungkir janji nanti tak dapat pahala. Borang ni perlu murid tulis nama dan tanda tangan kemudian ditampal pada belah belakang cover page buku latihan. Kaedah ni sesuai bagi Cikgu-cikgu yang pandai main psikologi murid. LINK Surat Aku Janji ada kat bawah ni.

https://bit.ly/2BQsbdB

Hqdefault

Jadual Award Best Book of The Week

Jadual ni juga sesuai dilaksanakan untuk memastikan murid melakukan homework dengan betul, kemas dan sempurna. Buku latihan  murid yang mempunyai jawapan yang lengkap, tulisan yang kemas, tampalan yang bersih dan sejuk mata memandang akan dijadikan contoh dan nama murid akan dipaparkan pada jadual Award yang diletakkan di dalam bilik darjah. Award diberikan kepada lima hingga sepuluh buku terbaik. Kaedah ni memerlukan guru yang pandai puji murid melambung-lambung sampai murid-murid lain teringin nak dapat award tu.

Elementary School End Of The Year Certificate Templates Elementary Award Certificate Ozilalmanoofco Template 1

Contoh Poster Award yang boleh ditampal di dalam kelas

Original 2666704 1

 

Jadi, cikgu-cikgu boleh pilih cara mana yang dirasakan sesuai untuk digunakan bagi memastikan murid menyiapkan homework yang diberi dengan jayanya. Kaedah-kaedah ni boleh diubah mengikut kesesuaian masing-masing.

 

Selamat berjaya cikgu-cikgu!

 

 

 

Eezah Joe

Pendidik yang sukakan sesuatu kelainan

More Posts

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
  1. author

    Rodita1 year ago

    Menarik

    Reply
    • author

      Putih Melati1 year ago

      Terima Kasih..

      Reply

Leave a reply "Jadual Untuk Pastikan Murid Siapkan Kerja Sekolah (Homework)"