“Guru adalah HERO”, kata YB Datuk Dr Maszlee Malik


Saya bangga dengan dapatan kajian Global Education Census di mana guru-guru kita (di Malaysia) disifatkan sebagai “mencintai kerja mereka dan merupakan antara paling berdedikasi dalam memastikan pelajar mereka cemerlang dalam akademik.”

12 Inisiatif Baru Sekolah 5 671x377

kredit foto : Oh Bulan

Pada pandangan saya, kerjaya mendidik merupakan kerjaya yang paling mulia dalam dunia. Kita tidak harus mengetepikan hakikat bahawa kejayaan setiap individu bermula dari peringkat sekolah di mana guru memainkan peranan dalam mencorakkan wajah mereka, selain peranan ibu bapa. Terima kasih juga menaikkan imej negara di persada dunia.

Setiap guru adalah hero. Hero dalam melahirkan generasi yang berkualiti. Kita perlu menghargai sumbangan dan pengorbanan para guru… hero-hero ini.

Saya berharap semangat dan sikap positif yang dizahirkan ini akan diteruskan. Ganjaran bukan dalam bentuk gaji semata-mata tetapi yang lebih penting dan bermakna adalah kepuasan melahirkan rakyat yang holistik pada satu hari kelak.

C5ae
Pun begitu, banyak penambahbaikan perlu dilakukan. Sebab itu kebajikan guru menjadi keutamaan saya. Saya akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kebajikan para guru terpelihara. Ini termasuklah mengurangkan beban para guru di sekolah dan akan memperkenalkan inisiatif-insiatif lain bagi terus memartabatkan kerja guru di Malaysia.

YB DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "“Guru adalah HERO”, kata YB Datuk Dr Maszlee Malik"