Faedah Ibu Dan Anak Bersama Sepanjang Masa Selepas Bersalin (Rooming In)

5 Kandungan Nutrisi Dalam ASI Yang Penting

Selepas daripada bersalin, ibu perlu berehat sebentar akibat daripada keletihan bertarung nyawa dalam Labour Room demi melahirkan seorang anak. Banyak tenaga yang diperlukan untuk meneran dan menahan kesakitan yang sentiasa berlainan bagi setiap kelahiran anak.

Sebab itulah ibu perlu mempunyai tenaga yang cukup sebelum dihantar ke Labour Room. Dinasihatkan supaya minum air yang bertenaga seperti milo diwaktu kontraksi berlaku agar ibu bertenaga untuk meneran apabila diberi arahan oleh doktor atau misi.

“Apabila selesai kelahiran, ibu perlu bersama dengan anak sepanjang kerana terdapat banyak faedahnya. “

Persoalannya, apakah faedah ibu dan anak bersama sepanjang masa selepas sahaja bersalin?

Faedah Ibu Dan Anak Bersama Sepanjang Masa Selepas Bersalin (Rooming In)

  1. Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi

Susu Ibu sangat unik. Penghasilannya berlaku sejurus sahaja proses bersalin selesai. Namun, bagi anak yang pertama, kadang-kadang susu belum keluar dan perlu diurut terlebih dahulu.

Apabila keluar susu, ibu harus mulakan penyusuan mengikut kehendak bayi (On Demand). Terutamanya untuk mendapatkan Kolustrum, iaitu susu yang ibu yang keluar dalam tempoh 1-3 hari. Kolustrum punyai nutrient dan zat yang paling tinggi bagi perkembangan anak.

  1. Mengeratkan Kasih Sayang (Bonding)

Selepas daripada bertarung nyawa melahirkan anak, sifat seorang ibu mestilah ingin melihat wajah anaknya. Walau dalam kepenatan, melihat wajah si anak baru sahaja keluar daripada perut si ibu dapat menimbulkan lagi perasaan sayang dan kasih terhadap anak tersebut.

“Anak adalah anugerah Allah yang patut disyukuri. Kerana disitulah tanda kekuasaan Allah yang paling jelas dan tiada manusia yang mampu menandinginya”.

  1. Mudah Untuk Teruskan Penyusuan

Susu ibu bukan sahaja menjamin perkembangan bayi yang baik, malah ia juga sebagai ubat paling mujarab bagi mengelakkan anak terkena penyakit Juandis (kekuningan) yang melampau.

Hqdefault (1)

Juandis (Kekuningan)

Oleh itu, ibu perlu berada dengan anak sepanjang masa agar dapat meneruskan penyusuan dengan sempurna.

  1. Meransang Pengaliran Dan Pengeluaran Susu

Bayi juga dapat meransang pengaliran dan pengeluaran susu ibu. Banyakkan memeluk bayi (Skin To Skin Contact) agar bayi dapat mencari payudara dan melekap dengan sendiri (Self-Attach) yang membolehkan hisapan berkesan.

  1. Mengelakkan Bengkak Payudara

Bengkak payudara amat berbahaya dan kesakitan yang amat kepada ibu. Penghasilan susu akan terus berlangsung sejurus sahaja melahirkan anak. Jika susu tersebut tidak mendapat hisapan, payudara akan membengkak dan boleh menyebabkan si ibu demam atau sakit seluruh badan. Ini akan mengganggu proses berpantang dan juga ketidakstabilan emosi akan berlaku.

  1. Mengurangkan Infeksi Atau Jangkitan

Ibu perlu sentiasa memeluk atau Skin To Skin agar dapat memanaskan badan bayi melalui kehangatan badan ibu. Selain daripada mengurangkan tangisan, keberadaan ibu sepanjang masa membantu adaptasi metabolic dan menstabilkan glukosa darah bayi. Sejurus itu, ia dapat mengurangkan Infeksi atau jangkitan yang mudah terdedah kepada bayi.

IStock 3841057 Wide

  1. Rendah Risiko Diabetes, Kanser, Jangkitan Telinga (Otitis Media)

Keberadaan ibu sepanjang dengan bayi membolehkan kolonisasi bakteria yang baik di system penghadaman bayi  melalui sentuhan kulit ibu ke kelut bayi. Hal ini boleh mengelakkan risiko diabetes, kanser dan jangkitan telingan (Otitis Media) terhadap bayi.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Faedah Ibu Dan Anak Bersama Sepanjang Masa Selepas Bersalin (Rooming In) #Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Yang Ibubapa Wajib Tahu #Penyusuan susu ibu #Rooming In

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Faedah Ibu Dan Anak Bersama Sepanjang Masa Selepas Bersalin (Rooming In)"