Kesan Ego Perempuan : Hati-hati para Suami

CZ5Wz8mWcAAu3cQ

“LELAKI MEMANG EGO ..!” kata seorang isteri dalam hati kepada si suaminya.

Tapi tanpa kita sedar perempuan lebih ego dari lelaki..Tak percaya ? Jom check dari mana ia mula…

1) Ramai yang rasa Isteri berkorban lebih banyak daripada suami mereka walau kadang memang betul tapi sebab perkara ini tanpa sedar Isteri sedang berdendam.

2) Isteri mula tak nampak kebaikan dan pengorbanan suami terhadap Isteri, Isteri hanya nampak pengorbanan Isteri pada suami.

3) Isteri selalu rasa Isteri betul dah masa ini ,suami buat lah apa bagi Isteri salah walau adakalanya untuk kebaikan Isteri sendiri.

4) Isteri dah mula letak dalam hati Isteri tanpa suami pun Isteri boleh hidup ,tanpa suami pun Isteri boleh uruskan anak..

5) Masa ni Isteri mula dah tak patuh dan hormat pada suami , Rasa Cinta? Mulut Isteri akan selalu keluar perkataan “Tawar Hati”.

6) Isteri dah mula pertikai soal tangungjawab suami tapi tanpa Isteri sedar sebab “Ego” Isteri, suami abaikan tanggungjawab atau lebih senang Isteri sendiri yang manjakan suami sampai dilupa dia ni isteri @ suami.

Isteri yang pilih suami untuk jadi suami yang Isteri benci.. Isteri nak ubah suami bukanlah satu yang mudah bukan jugak satu yang payah..hanya buang “Ego” sahaja.

“Kalau kita pilih untuk buat benda yang suami tak suka tak ada asbab suami pun akan berubah buat benda yang isteri tak suka jugak.

Arwah ummi selalu pesan

“Hormat dan senangkan hati suami,jangan buat benda suami tak suka,jangan start cerita keburukkan suami pada orang lama-lama jadi sedap (bab ni mmg ramai isteri tewas)”

Senang jekan? Tapi bagi seorang isteri susah yang amat..sebab? Kita kan selalu rasa kita betul.

Dan ayah pernah nasihat,

“Dimana lagi seorng isteri nak bermujahadah kalau bukan dengan suami sendiri? Sabar ,gembirakan suami sehingga suami redha setiap apa yang kita buat..memang syurga lah tempat kita”

Ramai kan wanita sekarang bila bermasalah dengan suami akan cakap “dia kahwin lain pun tak kisah” sebab ? Tawar hati.. Kita bermujahadah dengan suami pun tak lepas kita nak bermujahadah dalam poligami plak.

Perempuan ni nak syurga tersangat mudah tapi sebab kita sendiri pilih cara susahkan 

“Kita Belajar Dari setiap satu pengalaman hidup bukan dari helaian muka surat buku.”

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Biodata Andi Bernadee, Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Single Donde
Biodata Nama Penuh : Andi Azrul Bin Andi Mapangile Nama Popular : Andi
Biodata Fieya Julia, Penyanyi Wanita Meletop, Single Perasaanku
Biodata Nama Penuh : Nur Syafiyah binti Sejali Nama Popular : Fieya Julia
Biodata Mimi Lana, Pelakon Drama, Cari Aku Di Syurga
Biodata Nama Penuh : Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin Nama Popular : Mimi Lana
Cara Buat Infusoria Yang Mudah Dan Jimat
Pengenalan Infusoria adalah istilah kolektif untuk makhluk akuatik seperti ciliates, euglenoids, protozoa, alga

Leave a reply "Kesan Ego Perempuan : Hati-hati para Suami"