Harga Proton X70 (official price)
Standard 2wd 99,800
Executive 2wd 109,800
Executive 4wd 115,800
Premium 2wd 123,800
Ciri Istimewa Proton X70 Tiada Bandingan
1) Saiz stereng just nice (tak kecik, tak besar) dan flat bottom supaya nampak sporty dan lebih ruang untuk orang yang ber-paha besar.
Stereng juga agak ringan, senang nak gerakkan kereta besar macam X70. Stereng boleh berubah jadi berat sikit bila acitivate Sports Mode.
2) Full LCD intrument cluster yang ada dalam kereta 150k ke atas mcm CRV dan VW Tiguan. Kaler boleh berubah mengikut mode pemanduan (Eco, Normal, Sport).
3) Dual Zone Aircond. Kalau suami tak tahan sejuk dan wife suka sejuk, so tak payah gaduh2. Sorang satu set suhu lain-lain.
4) Logo Proton bila buka pintu waktu malam..tak payah tambah di kedai aksesori. Macam logo Thundercat pulak!
5) Air Purifier @ Cleaner built in utk semua variant. Jadi udara dalam kereta lebih bersih dan segar. Jangan tanya saya mcm mana fungsi, tanya orang Coway dan Cukcoo.
6) Kerusi Passenger depan ada electronic adjustment. Ini dalam kereta Mahal je ada tau. Kerusi Driver siap ada Lumbar Support adjustment yang bagus untuk tulang belakang kita.
7) Ini memang Special. Side adjustment utk kerusi Passenger depan. Senang untnk orang duduk belakang adjust supaya ruang kaki belakang lebih luas. Like-a-Boss!
8) Ada 6 Port USB. 2 depan sorang satu, 2 belakang, 1 dalam centre armrest, 1 lagi kat cermin pandang belakang untuk kita install dashcamera. Pemurah giler Proton.
9) 8 inci skrin infotainment yang skrin dia Lawa tahap skrin handphone. katanya guna platform GKUI. Siap ada line 4G sendiri. Proton beri free 1GB data setiap bulan selama 5 tahun dan bila data habis, boleh connect dengan handphone kita thru wifi.
10) 9 speakers jenis Kenwood untuk varian Premium (123k)
11) Engine bay cover. yang ni memang RARE. Bobby Ang kata level Lexus yang 300k je ada cover macam ni. Protect wiring semua dengan lebih efisyen.
12) Yang ni satu lagi RARE. Cover atas tayar tu ada macam soft insulation untuk absorb bunyi tayar dan seretan jalan semasa memandu. Salah satu punca X70 ni senyap sunyi ja dalam kabin.
Utk tayar depan, ada lubang kecik dari bumper..katanya utk sejukkan disk brake spy lebih efisyen dan tahan lama..
13) Boleh check pressure tayar dari skrin je..tak perlu asyik pergi stesen minyak untuk check.
14) Boleh lock, unlock kereta guna apps ProtonLink. Boleh pantau kereta drive ke kawasan mana.
15) Ini ciri keselamatan lain dalam Premium varian (123k)
BLIS tu bagus betul..even motor lalu tepi pun dia akan notify bunyi dan keluar gambar di skrin 8inci.
16) Ini ciri keselamatan lain dalam Premium varian (123k).
LDW tu semalam bunyi sebab masuk lane sebelah tak bagi signal.
17) Door Lock Setting
18) Pintu X70 tiada tombol untuk unlock macam kereta biasa untuk elak dari budak buka sendiri di pintu belakang. Untnk unlock pintu ni bila kereta stop, just tarik pembuka pintu tu 3kali. Ada juga button unlock di pintu driver.
19) Proton X70 dah guna electronic parking brake untuk ganti normal handbrake. Dan ia akan auto ON bila enjin dimatikan. So kata SA, jgn dok gatai double park SUV ni.
Button “Auto H” tu fungsinya utk hold brake semasa berhenti sementara cthnya di traffic light atau dlm jem yang jalan sikit-sikit tu. Kaki lebih relax dan lebih selamat.
20) Headlamp X70 ni High Tech.
Bila cuaca gelap saja, akan auto ON.
Dan bila atas highway, kita set lampu tinggi, dan once ada kereta di depan, headlamp akan auto tukar lampu rendah semula.
21) X70 pun ada Adaptive Cruise Control (varian Premium). yang mana kita boleh set jarak selamat dari kereta di hadapan .bukan setakat set kelajuan sahaja.
22) Juga utk varian Premium, ada panoramic sunroof yg membuatkan malam korang lebih romantis.
Benda Best dalam Proton X70. Share jika bermanfaat. Sokong produk kita.
Tags: #Proton X70 #Proton X70 official price