Cara Solat Sunat Witir Beserta Doa Selepas Witir

Tahajud

Solat witir adalah solat yang dianjurkan melakukannya pada setiap malam tanpa mengira bulan. Mazhab syafiee, Maliki, Hambali menghukumnya sebagai sunat muaakad( sunat yg diberatkan hampiri wajib) adapun Mazhab Hanafi menghukum wajib berdasarkan “Hak ” seperti dalam hadis :

Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya:

“Rasulullah SAW pernah bersabda” Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah.”

Kelebihan Solat Sunat Witir

“Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir.

( HR. Ahmad)

“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.”

HR Abud Dawud dan Tirmizi.

“Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami”

(H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)

Bilangan Rakaat Solat Witir

Bilangannya ganjil iaitu 5,3 dan 1 rakaat. Ada juga riwayat Rasulullah lakukan 11 dan 7 rakaat..

Cara Solat Sunat Witir

1. Lafaz Niat

Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“Sahaja Aku Solat Sunat Witir 2 Rakaat kerana Allah Taala”

2. Bacaan selepas Fatihah:

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun

.

3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.

4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“Sahaja Aku Solat Sunat Witir 1 Rakaat kerana Allah Taala”

.

5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:

a) Al-Ikhlas,

b) Al-Falaq dan

c) An-Naas.

6. Beri salam dan Bacaan doa

Doa Solat Witir Sq2

Doa Witir Bahasa Melayu

Maksudnya :

Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon lidah yang sentiasa menyebut dan mengingatiMu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat) Mu, serta anggota yang mudah mentaati perintahMu.

Ya Allah kami memohon kepadaMu iman kami yang tetap dan sempurna, hati yang khusyuk keyakinan yang benar dan ilmu yang bermanfaat. Kami mohon amal yang soleh, agama yang mantap dan diberi kebaikan yang melimpah ruah.

Kami mohon kemaafan dan kesejahteraan, kesihatan yang sempurna serta mensyukuri atas kesihatan kami. Juga kami memohon selamat dari segala mara bahaya dan petaka dan kecukupan kami yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.

Ya Allah! Ya Tuhan Kami! Terimalah solat kami, puasa kami,berdirinya kami, khusyuk kami, pengabdian kami, ibadah kami, dan sempurnakanlah kekurangan kami.

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang! Selawat Allah ke atas sebaik-baik makhluk iaitu nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabatnya sekalian dan Segala Puji bagi Allah Tuhan Pemelihara seluruh alam.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Amalan Khusus #solat sunat #solat sunat dhuha #solat sunat witir

Solat Jemaah ; Kedudukan Seorang Makmum Wanita
SOALAN: Assalamualaikum ustaz. jika tidak mengganggu saya mohon penjelasan ustaz tentang posisi seorang
Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
4 Sifat Menghalang Ibadah Diterima Allah ; Ujub, Riak, Takabur, Sum’ah
Berhati-hati duhai sahabatku dalam kehidupan ini. Ramai manusia yang mengerjakan ibadah, namun dicampakkan

Leave a reply "Cara Solat Sunat Witir Beserta Doa Selepas Witir"