Cara Solat Sunat Rawatib, Qabliyyah dan Ba’diyyah

Tahajud

Solat Sunat Rawatib atau disebut oleh Solat Sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu sebagai menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.

Waktu Solat Sunat Rawatib

Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi, setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)

Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)

Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: 

“Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)

Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan Ba’diyyah sebanyak dua rakaat. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.

Cara Solat Sunat Rawatib

  1.  Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti  cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza.
  2. Niat Solat Rawatib:

a.  Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)

Sahaja aku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

b.  Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (selepas).

Sahaja aku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

3.  Antara surah-surah pilihan yang disarankan:

Rakaat 1:  Surah al-Kafirun

Rakaat 2:  Al-Ikhlas

Penutup

Solat Sunat Rawatib adalah membuktikan bahawa Allah Maha Pengampun. Jika berlaku kekurangan dalam solat Fardhu, Allah ciptakan solat rawatib agar dapat menampung balik kecacatan di solat fardhu.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Amalan Khusus #ba'diyyah #cara solat rawatib #kaifiat solat rawatib #qabliyyah #Solat Rawatib

Solat Jemaah ; Kedudukan Seorang Makmum Wanita
SOALAN: Assalamualaikum ustaz. jika tidak mengganggu saya mohon penjelasan ustaz tentang posisi seorang
Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
4 Sifat Menghalang Ibadah Diterima Allah ; Ujub, Riak, Takabur, Sum’ah
Berhati-hati duhai sahabatku dalam kehidupan ini. Ramai manusia yang mengerjakan ibadah, namun dicampakkan

Leave a reply "Cara Solat Sunat Rawatib, Qabliyyah dan Ba’diyyah"