Solat sunat Fajar adalah solat sunat yang tiada perbezaan antara solat sunat subuh melainkan pada nama sahaja. Perkataan fajar dan subuh digunakan oleh Nabi SAW sebagaimana di dalam hadith-hadith Baginda SAW.
Waktu bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.
Solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar. Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya. Hal ini berdasarkan sebuah hadith:
- Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ
Maksudnya: “Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]
Cara Solat Sunat Fajar Yang Jelas
1) Lafaz & niat :
اُصَلِّى سُنَّةَ الفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ.
Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala
atau
اُصَلِّى سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً ِللهِ تَعَالىَ
Sahaja aku solat sunat sebelum subuh dua rakaat kerana Allah Taala
2) Solat Sunat 2 rakaat dimulai dengan Takbiratul ihram dah diakhiri dengan salam.
Penutup
Kesimpulannya, solat sunat fajar atau subuh mempunyai banyak kelebihan serta amat rugi bagi sesiapa yang tidak berusaha untuk mengamalkannya. Untuk itu, kita sebagai umat Baginda SAW seharusnya mencontohi setiap yang dilakukan oleh Baginda SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan mengikuti Nabi SAW. Amin.
Rujukan :
Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur
Tags: #Solat Dhuha #Solat Fajar #Solat Rawatib #Solat Tahajjud #Solat Witir