Solat Dhuha adalah solat sunat yang istimewa dan dianjurkan untuk melakukannya.
Terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan solat sunat Dhuha. Antaranya adalah tentang keampunan dosa.
Hadis riwayat At Tirmidzi dan Ibnu Majah menyebutkan bahawa,
” Siapa yang membiasakan (menjaga) sholat dhuha, dosanya akan diampuni meskipun sebanyak buih di lautan.“
Bagi mereka yang menjalani usaha perniagaan atau usahawan, pelbagai amalan disarankan seperti perbanyakkan ibadah sunat, sedekah, wirid, selawat, umrah, solat dhuha agar memiliki energi yang kuat dan rezeki melimpah.
Waktu Solat Sunat Dhuha
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Cara Solat Sunat Dhuha ( 2 Rakaat)
- Niat solat dhuha
- Takbiratul Ihram
- Membaca Doa Iftitah (Sunnah)
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca Surah Ad-Dhuha
- Ruku’ dengan tuma’ninah
- I’tidal dengan tuma’ninah
- Sujud dengan tuma’ninah
- Duduk di antara dua sujud dengan tuma’ninah
- Sujud kedua dengan tuma’ninah
- Berdiri lagi untuk menunaikan rakaat kedua
- Membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca Surah As-Syams
- Ruku’ dengan tuma’ninah
- I’tidal dengan tuma’ninah
- Sujud dengan tuma’ninah
- Duduk di antara dua sujud dengan tuma’ninah
- Sujud kedua dengan tuma’ninah
- Tasyahud Akhir dengan tuma’ninah
- Salam
- Membaca doa solat dhuha
Penutup
Kesimpulannya, kunci kebahagian dan kekayaan insan yang hakiki apabila dirinya tiada memburu redha nafsunya, tetapi memburu redha Allah. Perbanyakkanlah amalan sunat sebagai tanda kecintaan dan kehambaan kita kepada Allah. Moga-moga di terima segala amal ibadah dan perkongsia yang dilalakukan. amin
Tags: #Amalan Khusus #cara solat dhuha #doa solat dhuha #Solat Dhuha #Solat Witir #splat rawatib #waktu solat dhuha