Cara Semak Komitmen Dalam Semua Bank

240px Central Bank Of Malaysia Logo

Apabila sudah mencapai umur 20-an dan meningkat ke 30-an, pelbagai komitmen yang telah anda miliki sama ada kepada keluarga atau individu. Semestinya anda perlu bijak merancang kewangan anda agar dapat menampung segala komitmen.  Ini sangat penting kerana ramai yang diisytiharkan muflis disebabkan komitmen melebihi pendapatan/gaji anda.

Kepentingan Semak Komitmen

  1. Apabila anda ingin membuat Personal Loan, pegawai bank akan menyemak kelayakan anda sama ada lulus 100% permohonan anda atau dikurangkan berdasarkan gaji anda selepas dikira loan yang lain. Ingat yerr!!  walaupun slip gaji anda bersih, pihak tetap dapat mengesan komitmen anda di bank yang lain.
  2. Apabila anda ingin membuat Loan Perumahan Bank, pihak bank akan menyemak juga kelayakan anda. Jika terlalu banyak komitmen, mungkin pihak akan luluskan separuh sahaja atau 90%.
  3. Apabila anda ingin membuat Loan ASB, pihak bank juga akan menyemak komitmen anda. Awas!! kegunaan kad kredit juga dikira sebagai komitmen taw.
  4. Kadang-kadang anda akan berdepan dengan promoter kad kredit. Mereka menjanjikan hadiah jika anda mendaftar kad kredit tersebut.

Ayat yang biasa diorang guna untuk memancing pelanggan adalah,

“Tuan jangan bimbang, apply sahaja kami bagi hadiah, Kalau tak guna, jangan aktifkan”. Awas!! Apabila anda apply, dan diluluskan oleh pihak bank, itu akan menjadi komitmen anda.

Jadi, anda perlu membuat semakan komitmen anda di semua bank supaya anda tidak kehilangan wang anda ‘membabi buta’.

Cara Semak Komitmen Di Semua Bank Dengan Mudah

  1. Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh terus pergi ke Bank Negara untuk membuat semakan. Jika berada jauh dari Kuala Lumpur, anda tidak ada cara lain, berkorban demi selamatkan kewangan anda.
  2. Untuk pergi kesana, hanya waze sahaja dengan menaip Bank Negara. Jika tak pandai guna waze, Bank Negara berada di sekitar bulatan area Dataran Merdeka. Anda akan nampak bangunan yang ada logo Kijang, itulah Bank Negara.
  3. Bank Negara ada dua bangunan besar. Bangunan 1 adalah bangunan yang perlu anda serbu. Ingat!! Bank Negara adalah kawasan yang dikawal ketat oleh polis. Jadi, untuk masuk ke dalam bangunan, anda perlu menempuh kaunter polis seperti di airport tu. Jadi, jangan bawa barangan yang mencurigakan seperti senjata dan seangkatan dengannya supaya memudahkan urusan anda untuk masuk ke sana. Dalam beg juga polis akan cek sebelum masuk. IMG 7160Ini Pintu Masuk Bangunan 1
  4. Apabila masuk dalam, anda tak perlu ke kaunter. Anda boleh terus ke kiosk mesin sebelah kiri.Image1Ini Rupa Kiosk CCRIS Yang Perlu Anda Tuju
  5. Jangan panik apabila berada dihadapan mesin ini. Anda hanya perlu keluarkan IC dan thumbprint macam gambar dibawah.Image2
  6. Apabila ID anda dah disahkan, tekan print penyata CCRIS. Tak sampai 1 minit akan keluar di mulut mesin bahagian bawah.
  7. Inilah rupa penyata yang anda kehendaki. Semua maklumat anda di semua bank seluruh Malaysia keluar disini. Creditreportsample Blur.297550427

Selamat Merancang Kewangan Anda Dengan Bijak.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Bank Negara #CCRIS #Kewangan #Rancang Kewangan #Semak Komitmen

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Cara Semak Komitmen Dalam Semua Bank"