Cara Mengerjakan Umrah Yang Berkesan ; Rukun Umrah

223141 832997931499779590

Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib.

Umrah sebenarnya sangat mudah dilakukan dan dan hanya mengambil masa sehari. Panduan ini amat mudah dan berkesan bagi yang pertama kali ingin menunaikannya.

Oleh itu, apakah rukun umrah yang telah digariskan dalam Islam?

Rukun 1

Lima Rukun Umrah Yang Wajib Dilaksanakan

Pertama, niat ihram umrah.

Lafaz niat adalah seperti berikut:

“Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”.

Apabila jemaah sudah niat ihram di Miqat, jemaah perlu menjaga pantang larang ihram dengan sebaiknya. Jika melanggar pantang larang ihram, maka akan dikenakan dam mengikut pantang larang yang digariskan.

Oleh itu, apakah pantang larang ketika berada dalam keadaan niat ihram?

Larangan Dan Pantang Larang Semasa Ihram

Terdapat 13 larangan semasa ihram dan jika dilakukan dikenakan dam.

  1. Pakai sarung tangan
  2. Pakai bau-bauan atau minyak wangi (di badan atau pakaian)
  3. Pakai minyak rambut, janggut atau semua bulu lain selain dari bulu di pipi dan dahi
  4. Cabut (tanggalkan) rambut atau apa-apa bulu lain di badan
  5. Kerat (atau potong) kuku
  6. Kerat, potong, cabut atau tebang pokok di Tanah Haram
  7. Buru (atau binasakan) binatang buruan (yang halal dimakan) di Tanah Haram
  8. Lakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat)
  9. Jimak atau bersetubuh
  10. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
  11. Pakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum (Tambahan untuk lelaki sahaja)
  12. Tutup kepala atau sebahagian darinya seperti kopiah atau topi (Tambahan untuk lelaki sahaja)
  13. Tutup muka atau macam pakai purdah. (Tambahan untuk wanita sahaja)

Kedua, tawaf umrah.

Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad.

Niat tawaf adalah

“Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala”.

Berikut adalah syarat sah tawaf:

  • Dilakukan diluar Kaabah tetapi di dalam Masjidil Haram.
  • Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Kaabah semasa tawaf.
  • Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
  • Laluan tawaf hendaklah bersih dari najis.
  • Tujuh pusingan dengan sempurna dan yakin.
  • Mengirikan Kaabah atau mengelilingi melawan jam.
  • Suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.
  • Badan suci dari najis.
  • Menutup aurat.
  • Dimulai dari belakang hajarul Aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.

Setelah selesai tawaf, di sunatkan sembahyang tawaf di ruang sembahyang yang disediakan untuk melakukan rukum umrah ketiga iaitu sa’ie.

Ketiga, sa’ie umrah.

Sa’ie memberi maksud berjalan ulang-alik atau berlari-lari anak di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh kali.

Syarat sah saie ialah

  • Dilakukan selepas tawaf
  • Tujuan hendaklah semata-mata untuk Saie
  • Dimulai dari bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah
  • Genap dan sempurna bilangan 7 kali
  • Dari kaki bukit ke kaki bukit dan Perjalanan tidak boleh terputus iaitu seseorang itu tidak boleh melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

Setelah selesai melakukan sai iaitu berjalan berulang alik sebanyak 7 pusingan, boleh terus tahalul dengan mengunting sebahagian rambut (digunting oleh orang lain yang sudah bertahalul) atau sebaiknya ke kedai cukur rambut untuk bercukur atau tahallul.

Keempat, Tahallul (bergunting atau bercukur).

Dalam rukun ini, hendaklah kita menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Disunatkan kepada jemaaah lelaki untuk bercukur. Jika tiada rambut, lalu pisau cukur sebagai syarat sudah mencukupi.

Perbuatan ini hendaklah dilakukan setelah selesai tawaf dan sa’ie umrah.

Kelima dan akhir sekali, tertib.

Iaitu mengerjakan rukun-rukun umrah mengikut susunan bermula daripada niat, tawaf, sa’ie, bercukur atau bergunting.


Carian Berkaitan
cara mengerjakan umrah

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #niat #rukun umrah #saie #tahallul #tawaf #tertib

Solat Jemaah ; Kedudukan Seorang Makmum Wanita
SOALAN: Assalamualaikum ustaz. jika tidak mengganggu saya mohon penjelasan ustaz tentang posisi seorang
Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
4 Sifat Menghalang Ibadah Diterima Allah ; Ujub, Riak, Takabur, Sum’ah
Berhati-hati duhai sahabatku dalam kehidupan ini. Ramai manusia yang mengerjakan ibadah, namun dicampakkan

Comments are closed.