Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah teramatlah luas. Jika kamu diberi kefahaman dan dibukakan segala hijab hati, nescaya kamu akan terfana’ kerana memandang WajahNya yang indah yang berada disekelilingmu dan nyata pada dirimu.
4 Cara Untuk Mendapatkan Kasih Sayang Allah
- Mereka perlu menjadi seorang yang rendah hatinya berjalan di muka bumi. Rendah hati bermaksud tiada perasaan sombong, riak, takbur dan hatinya hanya merasakan dirinya hina dan faqir sebagai seorang hamba. Pesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya,”Jangan berpaling tadah dengan manusia akibat daripada kesombongan”.
- Apabila ditegur oleh orang-orang jahil, maka dibalas dengan ucapan salam. Salam disini bermaksud membalas dengan ucapan dan ayat-ayat yang baik. Hal ini memerlukan latihan hati agar sentiasa mengingati Allah (zikrullah). Mungkin yang berlaku dihadapan kita adalah teguran Ar-Rahman, Ar-Rahim Allah kerana teguran Allah boleh datang dalam pelbagai cara.
- Diwaktu malam, sentiasa ringankan badan untuk tunaikan ibadah solat. Kerana pada waktu ini, tenaga kerohanian adalah sangat tinggi. Mohon taubat segala dosa yang dilakukan selama ini dan tunduk berzikir kepadaNya agar dibukakan pintu makrifat melalui sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya.
- Berdoa kepada Allah dengan menundukkan hati, tiada Tuhan lain yang layak dipohon pertolongan selain Dia. Senantiasa memohon agar dijauhi azab api neraka dan jangan berputus asa.
Tags: #Ar-Rahim #Ar-Rahman #Cara Mendapat Kasih Sayang Allah mengikut Al-Quran #Nasihat Luqman Al-Hakim #Surah Al-Furqan:64