Cara Membantu Gelandangan Yang Masyarakat Perlu Tahu

Jikjik

Isu masalah gelandangan atau ‘Pengemis Jalanan’ atau digelar juga sebagai ‘Anak Jalanan’ tak pernah selesai. Mereka membanjiri bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Sehingga ke saat ini, mereka diberi peluang bekerja sebagai buruh binaan dan sebagainya, tapi akhirnya kembali sebagai pengemis dijalanan.

“Ibarat seperti mereka menikmati pekerjaan yang mudah dengan meminta-minta dan menunggu sumbangan yang datang”.

Dipermudahkan bahasa, mereka sebenarnya mempunyai kemampuan untuk bekerja, namun sikap yang malas membawa mereka kembali di jalanan.

Kredit video : Maukerja youtube channel 

Di Malaysia, sudah banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan, individu dan badan Ngo, namun disebabkan sikap yang malas dan ingin hidup bebas membawa diri mereka ke kancah gelandangan.

Walaupun sedemikian sikap mereka, anda sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap masyarakat haruslah prihatin dan senantiasa menanam perasaan simpati. Mungkin dalam kalangan mereka ada golongan yang benar dalam kesusahan dan buntu untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan.

Berdasarkan tinjauan di pusat bantuan dan temubual gelandangan, berikut adalah cara membantu gelandangan yang perlu anda tahu.

  1. Menyediakan seminar jati diri, kerohanian dan motivasi (Modul Kebahagiaan Insan).
  2. Menyediakan peluang pekerjaan mengikut kemampuan dan kesesuaian diri.
  3. Menyediakan tempat tinggal yang tetap dan selesa.
  4. Menyediakan pakaian.
  5. Menyediakan ubatan dan pemeriksaan kesihatan.
  6. Memberi pendidikan kepada anak-anak.
  7. Melatih kemahiran hidup.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Cara Membantu Gelandangan Yang Masyarakat Perlu Tahu #gelandangan #gelandangan Malaysia #helpingthehomeless #homeless

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Cara Membantu Gelandangan Yang Masyarakat Perlu Tahu"