Cara Memastikan Susu Ibu Mencukupi Untuk Anak

5 Kandungan Nutrisi Dalam ASI Yang Penting

Sebelum mengetahui cara untuk memastikan susu ibu mencukupi atau tidak, si Ibu perlu perhatikan tanda-tanda bayi cukup susu semasa menyusu anak.

Tanda-tanda Bayi Cukup Susu

  1. Kenaikan berat badan bayi. Berdasarkan kajian, tanda bayi cukup susu akan mengalami kenaikan berat badan sebanyak 400 gram hingga 1 kg setiap bulan.
  2. Jumlah pampers kotor dapat mengesan bayi cukup susu atau tidak iaitu melalui kekerapan bayi tersebut kencing atau berak. Kebiasaannya, bayi perlu ditukar pampers atau lampin kotor sebanyak 6 kali sehari.
  3. Analisis najis bayi amat penting kerana melalui najis, doktor boleh mengesan sama ada bayi ini dalam keadaan normal atau tidak sihat. Najis bayi yang menyusu secara eksklusif adalah berwarna kuning cerah dan cair. Manakala bagi bayi yang mengambil susu formula, warnanya sedikit hijau kerana susu formula diperkayakan dengan zat besi.
  4. Pada kebiasaanya, bayi yang cukup susu akan membuang air besar sebanyak 1 kali sehari.
  5. Memerhati gerakan dagu bayi apabila mereka sedang menyusu. Cuba lihat bahagian antara leher dengan dagu. Apabila bayi sedang menghisap, dagunya akan bergerak turun naik. Setelah beberapa kali turun naik, dagu bayi akan kelihatan turun lebih jauh ke bawah untuk beberapa saat sebelum kembali ke posisi asal. Ini menunjukkan bayi anda sedang mendapatkan susu.”Gerakan naik turunnya dagu berlaku apabila si kecil sedang merangsangkan payudara dengan menghisap.”Ketika dagu bayi anda turun ke bawah dan berhenti beberapa saat, ini menunjukkan susu ibu sedang mengisi mulutnya. Maka, jika dagu bayi hanya turun naik tanpa berhenti, ada kemungkinan bayi anda tidak mendapat susu ibu.
  6. Bayi yang kenyang akan tidur lena. Berehatlah si ibu waktu ini buat seketika waktu supaya badan anda dapat memproses susu dengan secukupnya untuk diberikan pada bayi waktu terjaga nanti.

Diatas adalah tanda-tanda yang berlaku pada bayi yang cukup susu. Persoalannya, bagaimana pula bagi ibu untuk memastikan susu ibu cukup untuk anaknya?

Cara Memastikan Susu Ibu Mencukupi Untuk Anak

  1. Penyusuan awal 1 jam selepas kelahiran.
  2. Penyusuan kerap (on demand).
  3. Tiada minuman atau makanan selain daripada susu ibu.
  4. Tenangkan fikiran ibu dan banyakkan berehat supaya badan tidak telalu letih.
  5. Ibu perlu makan makanan seimbang dan minuman yang cukup.  Makanan yang membantu penghasilan susu amat digalakkan seperti lobak putih.
  6. Penyusuan pada waktu malam perlu dikerapkan kerana proses penghasilan susu amat giat pada waktu malam dan di awal pagi.
  7. Posisi pelengkapan haruslah betul serta selesa buat ibu dan anak.
  8. Elakkan daripada puting kosong atau puting tiruan.
  9. Makanan tambahan pada anak yang memasuki umur 6 bulan. Sebagai contoh berikan puri buah atau nasi dan di ‘blend’ dengan kurma.
  10. Ibu bukan mencari, malah ,mencuri masa untuk memerah susu pada bila-bila perlu.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Bagaimana pastikan susu ibu cukup? #susu badan #susu ibu #tanda bayi cukup susu

Biodata Andi Bernadee, Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Single Donde
Biodata Nama Penuh : Andi Azrul Bin Andi Mapangile Nama Popular : Andi
Biodata Fieya Julia, Penyanyi Wanita Meletop, Single Perasaanku
Biodata Nama Penuh : Nur Syafiyah binti Sejali Nama Popular : Fieya Julia
Biodata Mimi Lana, Pelakon Drama, Cari Aku Di Syurga
Biodata Nama Penuh : Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin Nama Popular : Mimi Lana
Cara Buat Infusoria Yang Mudah Dan Jimat
Pengenalan Infusoria adalah istilah kolektif untuk makhluk akuatik seperti ciliates, euglenoids, protozoa, alga

Leave a reply "Cara Memastikan Susu Ibu Mencukupi Untuk Anak"