Cara Buat Infusoria Yang Mudah Dan Jimat

Infusoria

Pengenalan

Infusoria adalah istilah kolektif untuk makhluk akuatik seperti ciliates, euglenoids, protozoa, alga uniselular dan invertebrata kecil yang wujud di kolam air tawar.

Infusoria adalah makanan yang baik untuk anak ikan (fry) yang baru menetas. Fry boleh makan infusoria sehingga umur 1 bulan.

Kebiasaannya, Infusoria digunakan untuk fry ikan hias guppy, ikan laga sebagai menggantikan Daphnia Magna (DM) atau Artemia.

Cara Buat Infusoria Yang Mudah Dan Jimat

Terdapat pelbagai cara untuk hasilkan infusoria ini. Pada kali ini, dikongsikan kepada anda cara mudah dan jimat kerana dengan cara ini boleh menghasilkan green water untuk kutu air juga.

Penyediaan Bahan
  1. Sediakan dedak ayam (seperti dalam gambar)
  2. Sediakan besen, bekas besar atau tangki
Langkah Penyediaan Infusoria
  1. Takung besen dengan air hujan.
  2. Ambil dedak ayam dan buatkan uncang seperti dalam gambar (jumlah dedak ayam = 0.5kg : satu hasta diameter besen).
  3. Masukkan uncang dalam besen tersebut.
  4. Biarkan di tengah panas selama seminggu (paling baik 2-3 minggu).
  5. Selepas 2-3 minggu, infusoria mula terlihat.

60228226 572151476641315 4820619396940562432 N

59784932 572151459974650 3254421287115685888 N

 

59985070 572151513307978 7534453981100113920 N

Info Tambahan

  1. Masukkan starter kutu air.
  2. Biarkan selama 2 atau 3 hari.
  3. Kutu air akan banyak kelihatan tanpa aeorasi.
  4. Jika anda inginkan kutu air bertahan lama, sediakan di dalam tank yang lebih besar.

Rujukan

Wikipedia : Infosuria

Wild Betta Lovers Malaysia (WBLM)

 


Carian Berkaitan
cara buat infosuria, cara buat infusoria, cara buat makanan anak betta, cara membuat infusoria malaysia, cara paling mudah buat infusuria

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #betta #culture #Fry #Guppy #Ikan Hias #infosuria

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Cara Buat Infusoria Yang Mudah Dan Jimat"