Cara Breed Guppy Mudah Bagi Pemula

2932899 Center 1

Pengenalan

Ikan Guppy merupakan ikan hias yang paling popular di Malaysia. Daripada zaman kanak-kanak, kita sudah mengenali ikan guppy sama ada yang tinggal di bandar apatah lagi mereka yang tinggal kawasan kota bandaraya. Ini kerana warna dan bentuknya yang unik dan mampu memilikinya dengan harga berpatutan.

Selain daripada tertarik dengan kecantikan ikan guppy, ia adalah suatu hobi yang boleh mendatangkan keuntungan yang banyak. Induk Ikan guppy yang baik boleh mencecah harga sekitar RM150-RM200 seekor.

Kesimpulannya, tidak rugi anda belajar cara pembiakaan (Breed) ikan guppy kerana ia boleh mendatangkan untung kepada anda jua nanti.

Cara Pembiakan (Breed) Ikan Guppy Bagi Pemula

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membiakkan ikan guppy. Ia bergantung kepada kreativiti, bajet kewangan dan penyediaan tempat. Berikut adalah salah satu cara pembiakan ikan guppy yang sangat mudah bagi pemula.

  1. Sediakan ikan guppy induk yang cantik, sihat dan berkualiti. Anda boleh dapatkan di kedai ikan hias sekitar kawasan rumah anda dengan harga RM1.50- RM3.00 seekor. Pilih ikan guppy jantan yang menarik warnanya dan ikan guppy betina yang buncit perutnya. Bonus bagi anda jika memilih ikan guppy betina yang sudah dikahwinkan (buncit perut).Tanda ikan guppy hamil adalah terdapat warna hitam di gravid (tempat gelap di dubur).Is My Guppy Pregnant 2688 1 600
  2. Sediakan tempat untuk kahwinkan ikan tersebut. Untuk lebih jimat, boleh menggunakan besen atau polistrin sahaja. Yang penting adalah bebas daripada minyak dan kotoran.
  3. Masukkan sedikit tumbuhan aquatik supaya anak guppy boleh sembunyi dan tidak terdedah langsung dengan cahaya matahari. Tumbuhan juga bertindak sebagai penapis dan sumber makanan secara tidak langsung kepada anak guppy.
  4. Air yang dimasukkan mestilah bebas dari klorin. Lebih alami lagi anda menggunakan air hujan atau memerap air paip rumah anda selama 2 malam agar klorin air paip mendap dibawah.
  5. Kuanttiti air jugak tidak perlu banyak. Ketinggian air lebih kurang 10cm-15cm dalam tangki anda. Ini mengurangkan risiko kepada anak guppy yang baru lahir tidak ketandusan oksigen. Jika ingin menggunakan air pump, guna yang buih halus untuk mengelakkan anak guppy hanyut.
  6. Sediakan bekas yang berjaring, untuk diletakkan guppy jantan dan betina. Ratio yang digunakan biasanya 1:5 atau 2:8 (Betina lebih banyak daripada jantan), bergantung pada saiz bekas pembiakan anda. Proses perkahwinan mengambil 4-5 hari sahaja.49153005 2265381570161078 7341768210464636928 N
  7. Masa kehambilan kebiasaanya 20-30 hari sahaja. Selepas beranak, anda akan melihat anak guppy yang popular dipanggil dengan fry, akan keluar daripada jaring induk guppy mencari tempat persembunyian sekitar 10-30 ekor.How To Take Care Of Fry 2688 3 600
  8. Selepas daripada beranak, proses ini akan berulang lagi dalam masa 21-30 hari.

49664762 2265385190160716 757101029459230720 N

Penutup

Ikan Guppy membiak dengan mudah dan amat banyak. Perlukan kesabaran dan kreatif menyediakan tempat pembiakan. Jika proses pembiakan (breeding) berkesan, anda perlu belajar cara untuk membesarkan fry. Ini kerana membesarkan fry sehingga matang memerlukan ilmu yang cukup agar terhasil guppy yang cantik, sihat dan berkualiti.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Breed Guppy #Breeding Guppy #Cara Breed Guppy Mudah Bagi Pemula #Fry #Guppy Malaysia #Ikan Hias #Kelab Peminat Guppy

Biodata Luqman Faiz, Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Single Kepuraanmu
Biodata Nama Penuh : Luqman bin Abd Halim Faiz Nama Popular : Luqman
Biodata Andi Bernadee, Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Single Donde
Biodata Nama Penuh : Andi Azrul Bin Andi Mapangile Nama Popular : Andi
Biodata Fieya Julia, Penyanyi Wanita Meletop, Single Perasaanku
Biodata Nama Penuh : Nur Syafiyah binti Sejali Nama Popular : Fieya Julia
Cara Buat Infusoria Yang Mudah Dan Jimat
Pengenalan Infusoria adalah istilah kolektif untuk makhluk akuatik seperti ciliates, euglenoids, protozoa, alga

Leave a reply "Cara Breed Guppy Mudah Bagi Pemula"