Pasti para ibu berasa stress apabila melihat kotoran pada dinding mahupun lantai rumah. Terutamanya bagi yang mempunyai anak-anak kecil yang suka ‘explore’ dan ‘experiment’ semua benda pada rumah. Sekarang jangan bimbang, ada cara yang mudah untuk membersihkan kotoran di rumah anda mahupun boleh dipraktikkan oleh guru di bilik darjah.
Cara bersihkan kotoran pada dinding
-
Guna span + air sabun pencuci
Ini merupakan cara yang paling mudah, basahkan span dan celupkan dengan air sabun (dettol, ajax, mr muscle dan sebagainya) dan sentalkan pada dinding yang mempunyai kotoran atau kesan conteng. Jika kotoran pen atau krayon, cara ini kurang berkesan
-
Guna kain lembap + soda bikarbonat
Cara ini agak berkesan untuk mencuci kotoran yang agak degil. Lembapkan kain dengan air dan celupkan sedikit soda bikarbonat. Kemudian sentalkan pada kotoran.
-
Guna berus gigi + Ubat gigi
Cara ini juga boleh diamalkan untuk membersihkan kotoran pada dinding. Picitkan ubat gigi pada kotoran di dinding dan berus kotoran tersebut menggunakan berus gigi. Kemudian bilas dengan air.
-
Menggunakan Mayonis
Percaya atau tidak, mayonis juga mampu menghilangkan kotoran pada dinding. Caranya cuma perlu letakkan mayonis pada kotoran. Biarkan seketika selama beberapa minit supaya mayonis dapat menyerap ke dalam kotoran. Kemudian lap dengan kain hingga bersih.
-
Menggunakan Cuka
Cuka mempunyai pelbagai fungsi dan juga boleh menjadi agen pencuci yang sangat berkesan. Bagi memberi kesan yang efektif, celupkan berus gigi yang tidak lagi digunakan ke dalam cuka dan gosokkan pada kotoran di dinding lalu bilas dengan air. Kesannya pasti amat memuaskan. Cuka juga boleh dicampurkan dengan sabun pencuci pakaian untuk membersihkan kotoran dengan lebih berkesan pada pakaian.
Cara Bersihkan Kotoran di Lantai
Selain mengemop lantai dengan menggunakan cecair pencuci di pasaran, terdapat cara yang turut berkesan dan pastinya lebih jimat untuk memastikan lantai sentiasa bersih berkilat.
-
Air mendidih + garam kasar
Cara ini amat berkesan untuk membersihkan kotoran di lantai tandas mahupun di dalam rumah. Caranya hanya perlu mencelupkan mop dalam campuran air mendidih dan garam kasar lalu dimopkan ke sekeliling rumah. Campuran ini juga boleh bertindak sebagai “Vacuum Cleaner” untuk membersihkan debu pada karpet.
-
Cuka + Cecair pelembut pakaian (Softener)
Campuran ini juga boleh digunakan untuk membersihkan lantai dan mengelakkan lantai dikerumuni serangga. Bau wangi ‘softener’ juga menghalang lalat untuk datang. Pastinya lantai akan kelihatan bersih dan rumah anda akan berbau wangi.
-
Air + Peluntur pakaian (Clorox)
Cara ini amat berkesan untuk membersihkan kotoran pada lantai tandas. Cuma perlu campurkan air dan clorox dan masukkan ke dalam bekas semburan. Kemudian sembur pada lantai dan biarkan selama 6 jam. Lalu bilas guna air.
Mudahkan! Selamat mencuba!
Tags: #Bersih kotoran #dinding #kotoran degil #lantai