Biodata
Nama Penuh :Muhammad Naim Daniel bin Baharin
Nama Popular : Naim Daniel
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh Lahir : 9 September 1997
Umur : 22 tahun (2019)
Kerjaya : Pelakon dan Penyanyi
Pendidikan : Graduan jurusan Pengajian Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
Fanclub : Naimians
Drama Lakonan Popular : Cucu Betong (2009), Cinta Elysa (2011), Kemboja Di Hati (2016), Pia (2019).
Media Sosial : Instagram @naimdanielx Twitter @naimdanielx
Menarik Tentang Naim Daniel
- Naim Daniel mula aktif dalam bidang lakonan sejak berusia 8 tahun.
- Menghasilkan 3 single popular ‘Sekali Lagi’, ‘Sempurna’ dan ‘Sumpah’.
- Sebelum menjadi penyanyi dan pelakon, beliau pernah menjadi crew produksi kerana ibubapa beliau aktif dalam bidang tersebut.
- Gemar bermain muzik dan menyanyi.
- Drama Pia bakal mempopularkan lagi nama beliau dalam industri hiburan dibawah arahan Azman Yahya. Dimana barisan pelakon dalam drama tersebut adalah Zara Zya, Alif Satar, Azira Shafinaz dan Sheila Rusly.
- Beliau pernah dicalonkan sebagai Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25 (2013), Artis Baru Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2018.
Foto Terkini
Tags: #Biodata Naim Daniel #Naim daniel #Pelakon dan Penyanyi OST Drama Pia #Pelakon Drama Tempatan #Sumpah