Biodata
Nama Penuh : Luqman bin Abd Halim Faiz
Nama Popular : Luqman Faiz
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 19 tahun (2019)
Keluarga : Anak kedua daripada tiga beradik
Pendidikan : Sekolah menengah dan menduduki SPM di SMK Subang Utama, Subang Jaya, Selangor.Pengajian dalam bidang Ukur Bangunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak (2018), jurusan muzik di UiTM Shah Alam (2019).
Kerjaya : Penyanyi
Lagu Single : Kepuraanmu ciptaan Sirkhan, Rinkarnaen dan Sang Hitam
Media Sosial : Instagram @luqmnnfaiz Twitter @LuqmanFaiz
Menarik Tentang Luqman faiz
- Luqman faiz adalah artis baru yang sanggup berhenti belajar untuk meneruskan minat sebagai penyanyi.
- Beliau dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan akademik. Ayahnya telah meninggal dunia dan ibunya adala seorang guru agama. Penglibatan beliau dalam bidang muzik telah mendapat restu ibunya tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Selain menjaga solat, ibunya meminta beliau supaya turut menyebarkan dakwah selepas menghiburkan orang ramai. Dalam bergembira, beliau perlu juga mengingatkan mereka dengan perkara yang baik. Jangan sampai melalaikan. Syarat ibunya kepada Luqman.
- Luqman faiz bersekolah menengah dan menduduki SPM di SMK Subang Utama, Subang Jaya, Selangor. Seterusnya menyambung pengajian dalam bidang Ukur Bangunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak, namun berhenti sekerat jalan dengan mengikuti satu lagi bidang lain iaitu jurusan muzik di UiTM Shah Alam.
- Populariti Luqman Faiz melonjak naik dengan lagu single pertama, Kepuraanmu (2018). Kini seramai 20 juta penonton Muzik Video Kepuraanmu di Youtube.
- Beliau dibawah naungan syarikat Aries Music Sdn Bhd dimana rakan-rakan artis beliau adalah Aiman Tino, Fara Hezel, Fieya Julia, Sufian Suhaimi.
- Hobinya suka mendengar muzik dan bermain permainan video. Warna kegemaran adalah hitam dan putih. Suka makan ayam, manakala minuman kegemaran pula adalah teh ais.
Gambar Luqman Faiz Terkini
Rujukan
Instagram @luqmnnfaiz
Twitter @LuqmanFaiz
Tags: #Biodata Luqman Faiz #Kepuraanmu #Lagu Single Kepuraanmu #Luqman Faiz #Penyanyi Lelaki Popular