Nama penuh: Nurul Jannah binti Muner
Nama popular : Janna Nick
Tarikh Lahir : 1 Jun 1995
Asal : Sungai Petani, Kedah
Keluarga : Anak kedua daripada empat beradik
Pekerjaan: Pelakon, Model dan Penyanyi
Media sosial: Instagram @Jannanick dan Twitter @jannanick
Anugerah :
- Aktres Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016
- Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017
- Pelakon Wanita Sensai, Anugerah Telenovela 2017
- Aktres Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018
Menarik Tentang Janna Nick
- Beliau berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai .
- Janna juga bergiat aktif dalam pasukan sorak di sekolah bersama adiknya.
- Permulaan kerjayanya sebagai pelakon bermula pada tahun 2012 menerusi Telefilem Cinta Vlog, yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai Risa, bersama-sama dengan pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Wawa Zainal, telefilem ini disiarkan di TV9.
- Seterusnya beliau berlakon dalam drama Ikatan, bersama-sama dengan Ayu Raudhah dan Iqram Dinzly, ia disiarkan di TV2.
- Selain menjadi pelakon, beliau juga seorang penyanyi dengan melancarkan single pertamanya yang bertajuk, “Mungkin Saja” pada Januari 2016.
- Populariti Janna Nick semakin meningkat apabila telah menjadi pengacara bagi rancangan Melodi TV3.
- Kini, Janna Nick mencipta nama dalam industri lakonan dengan menjadi watak utama dalam drama ketenteraan yang bertajuk ‘Leftenan Zana’. Drama ini mula disiarkan pada 8 Februari 2019 di Slot Lestary TV3.
Foto Terkini
Rujukan
- Wikipedia : Janna Nick
- Instagram @jannaNick
- Twitter @jannanick
Tags: #Biodata Janna Nick #Drama Ketenteraan #Drama Tempatan #Leftenan Zana #Menarik Janna Nick