Kemunculan Hady Mirza dalam Gegar Vaganza Musim 6 amat ditunggu-tunggu oleh penonton. Sepi dalam bidang hiburan dari tahun 2012-2018 dengan melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan seperti pemandu grab, Mutawwif (memimpin jemaah Umrah) dan berniaga secara kecil-kecilan.
Kini menetap di Johor Bahru untuk mengembangkan bakatnya kembali dan saksikan beliau beraksi kembali di GV6 nanti.
Jom kenali beliau dengan lebih lanjut..
Biodata Hady Mirza
Nama Asal : Muhammad Mirzahady Bin Amir
Nama Popular : Hady Mirza
Tarikh Lahir : 28 Januari 1980
Umur : 39 Tahun (2019)
Asal : Singapura
Agama : Islam
Kerjaya : Penyanyi Pop, Rock, Soul dan R&B
Pencapaian Tertinggi :Juara Singapore Idol (2006), Juara Asian Idol 2007, Album sulung ‘Hady Mirza’ mendapat Anugerah Platinum selepas 4 hari dilancarkan.
Lagu Popular : Angkasa, Berserah, Ku Tetapkan Menunggu
Media Sosial : Instagram @HadyMirzaofficial , Facebook @Hady Mirza
Menarik Tentang Hady Mirza
- Hady Mirza anak kelahiran Singapura, cucu kepada pelakon veteran Allahyarham Osman Jailani.
- Hady mula menyanyi sejak umur 8 tahun lagi dan mengembangkan bakatnya di pub sebagai penyanyi.
- Bakat nyanyian Hady Mirza mula dikembangkan melalui penyertaan beliau dalam Rancangan Realiti Singapore Idol pada tahun 2006 dan telah mendapat Juara.
- Pada tahun 2007, Hady Mirza mewakili Singapura ke Rancangan Realiti Asian Idol dimana beliau berjaya mendapat Juara dengan menewaskan penyanyi dari Indonesia, Filipina, India, Vietnam dan Malaysia. Waktu itu, Jacklyn Victor, penyanyi vokal terbaik wakil dari Malaysia mendapat tempat kedua.
- Hasil daripada pencapaian yang hebat, Hady Mirza telah membuat persembahan ke seluruh dunia mewakili Asia.
- Selain daripada menyanyi, Hady Mirza minat bermain bola sepak, pandai melayan tetamu dan memasak telur dadar.
- Bernaung dibawah Universal Music Singapore.
Foto Terkini
Rujukan
wikipedia Hady Mirza
Instagram @HadyMirzaofficial
Facebook @Hady Mirza
Tags: #asian idol #astro #astro gempak #Biodata #foto terkini #gegar vaganza #GV2019 #Hady Mirza #musim 2 #singapore idol