Biodata Fikry Ibrahim, Pelakon Drama Encik Imam Ekpress

Fikry Ibrahim

Biodata Fikry Ibrahim

Nama Penuh : Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim

Nama Popular : Fikry Ibrahim

Tarikh Lahir : 16 April 1994

Asal : Jitra, Kedah

Kerjaya : Pelakon, Pelawak, Pengacara dan Model

Sejarah Akademik : Graduan Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama.

Drama : Hero Seorang Cinderella (2017), Kerna Syurga Bukan Percuma (2017), Rahsia Hati Perempuan (2018), Cik Reen & Encik Ngok Ngek (2018), Cekelat Honey (2018), Encik Imam Ekpress (2019).

Media Sosial : Instagram @fikryibrahim dan Youtube Channel Fikry Ibrahim

Menarik Tentang Fikry Ibrahim

  1. Sebelum memulakan kerjaya hiburan, Fikry terlebih dahulu bekerja di kedai dobi selama setahun.
  2. Beliau memulakan kerjaya pentas dengan mengambil bahagian dalam rancangan Lawak Solo 2016 terbitan Astro Warna. Beliau sebagai Pemenang Tempat Ketiga dalam rancangan Lawak Solo 2016.
  3. Bakat beliau dalam bidang hiburan semakin menyerlah sehingga kini dikenali ramai dalam bidang pengacaraan, lakonan dan model.
  4. Anak jati Kedah ini amat mementingkan aspek pendidikan walaupun sudah mencipta nama dalam industri hiburan.
  5. Beliau mencipta nama dalam Lawak Solo (2016), Super Spontan Superstar (2017) dan sebagai pengacara rancangan realiti Gema Gegar Vaganza (2017), Gema Gegar Vaganza 2 (2018) serta Hotspot (2018).
  6.  Selain itu, beliau juga ditawarkan bagi mengacara rancangan Padan Muka (Astro Warna) (2017), Selera Rasa Seksa (Astro Warna) (2017), The Ku Cin Show (Astro Ria) (2017) bersama dengan Uqasha Senrose, Rancangan Khas Hlive! dan MeleTOP Khas.
  7. Fikry Ibrahim juga terlibat dalam pengacaraan Kemangkatan Sultan Kedah ke-28, Almarhum Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Astro Ria) (2017) bersama dengan Janna Nick dan Siti Nordiana.
  8. Beliau juga muncul di Rancangan CCTV (Astro Ria) (2017) bersama dengan Fadzil Zahari untuk mempromosikan Kerna Syurga Bukan Percuma.
  9. Bakat bukan sahaja membawa Fikry Ibrahim jauh kehadapan, malah sikap tolak ansur, tepati masa telah membuatkan dirinya disenangi dalam kalangan rakan artis.
  10. Drama terbaru Encik Imam Ekpres bakal menghiburkan drama tempatan dengan lakonan Fikry Ibrahim bersama Nelydia Senrose mulai 11 Mac 2019.

Foto Terkini

41497887 2189948217943630 1843143122660832586 N

Fikry Ibrahim 1

Fikry

PicsArt 01 29 08.36.08

Rujukan

  1. Wikipedia Fikry Ibrahim
  2. Instagram @fikryibrahim
  3. Youtube Channel Fikry Ibrahim

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Biodata Artis #Drama Tempatan #Fikry Ibrahim #Pelakon #Pelawak Malaysia #Pengacara

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Buka Mata Murid Dan Guru Bahaya Penyalahgunaan Dadah
Hari ini Pelancaran Perasmian Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) salah sebuah sekolah di
Biodata Aman Ra, Penyanyi Rapper, Hip Hop Luar Biasa Malaysia
Biodata Nama Penuh : Aman bin Jamaluddin Nama Popular : Aman RA Tarikh
Biodata Elisya Sandha, Pelakon Drama Encik Imam Ekpres
Biodata Nama Penuh : Nur Elisya binti Mohd Faisal Nama Popular : Elisya
Biodata Aiman Hakim Ridza, Pelakon Drama Curi-curi Cinta & Fakta Menarik
Nama Penuh : Aiman Hakim Bin Ridza Abdoh Nama Popular : Aiman Hakim

Leave a reply "Biodata Fikry Ibrahim, Pelakon Drama Encik Imam Ekpress"