Biodata Fieya Julia, Penyanyi Wanita Meletop, Single Perasaanku

59885862 2306946756291442 4211423786079394383 N

Biodata

Nama Penuh : Nur Syafiyah binti Sejali

Nama Popular : Fieya Julia

Asal : Kuching, Sarawak

Umur : 20 Tahun (2019)

Keluarga : Anak bongsu daripada tiga beradik

Kerjaya : Penyanyi

Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016

Media Sosial : Instagram @fieyajulia, Twitter @fieyajulia

Fan Club : @officialmafieya

Menarik Tentang Fieya Julia

 

  1. Fieya Julia merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak yang popular dengan single pertama Perasaanku.
  2. Mempunyai ketinggian 160cm, berat 50kg dan amat meminati warna hitam. Makanan kegemaran adalah Cheese cake, manakala minuman kegemaran adalah Greentea Susu.
  3. Bapanya merupakan pesara tentera laut, manakala ibunya  mengalami penyakit barah dan meninggal dunia pada tahun 2004.
  4. Kakak sulungnya merupakan OKU dan kini dijaga oleh bapanya.
  5. Kehidupan beliau agak sukar dan pernah menjadi mangsa kebakaran apabila rumah kediaman beliau di Taman Maluri, Cheras terbakar pada tahun 2018.
  6. Hobi beliau adalah menyanyi dan sangat aktif berkongsi video lagu cover di laman Youtube sejak tahun 2012.
  7. Bakat beliau sebenarnya bermula dari sekolah rendah dan pernah menyertai Pertandingan Bintang Kecil RTM peringkat Negeri Sarawak.
  8. Kerjaya beliau mula berubah apabila bakatnya dikesan oleh label Aries Music Sdn Bhd yang seterusnya melamarnya sebagai artis rakaman pada pertengahan Mei 2018. Aries Music antara lain menguruskan beberapa penyanyi muda popular seperti Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Fara Hezel.
  9. Video lirik single pertamanya, Perasaanku bergenrekan rock balada hasil ciptaan komposer baru, Amir Hariz sehingga kini telahpun ditonton lebih 20 juta di Youtube.
  10. Fieya pernah beritahu kepada netizen yang beliau tidak minat warna pink disebabkan oleh kulit beliau agak gelap dan kelakuannya agak kasar. Tapi, pada tahun 2019, citarasa beliau lebih kepada warna pink kerana kulitnya makin putih dan juga merupakan warna kegemaran arwah ibunya.
  11. Fieya memperkenalkan nama beliau sebagai “Fieya Julia” oleh kerana nama arwah ibunya Julia. Dan berharap agar semangat yang ada pada arwah ibunya dibawa bersama dalam dunia hiburan ini untuk terus melangkah sebagai artis wanita popular suatu hari nanti.
  12. Single terbaru beliau bersama Luqman Faiz telah dilancarkan pada bulan Mei sempena Hari Raya 2019. Single yang bertajuk Senyuman Syawal bakal menceriakan suasana hari raya nanti.

Foto Terkini

37197242 1007644356079576 1769947162164068352 N

46972485 222755325273553 5021912387937734939 N

49858044 279537936055699 6693278818045772914 N

53495558 777239299328615 8687877572359321227 N

54511107 387970711987472 7712930400816055124 N

56262998 536886440051973 2603323096807876062 N

57057893 1161258593998187 8381377756107480679 N

58408954 2387970651449340 7487391905999228740 N

Rujukan

Instagram @fieyajulia

Twitter @fieyajulia

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Biodata Fieya Julia #Fieya Julia #Penyanyi Wanita Meletop #Perasaanku #Sarawak #Senyuman Syawal #Single Perasaanku

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Biodata Fieya Julia, Penyanyi Wanita Meletop, Single Perasaanku"