Pada kali ini, saya ingin kongsikan Biodata Caprice Ariz sebagai penyanyi Rap Malaysia yang semakin popular sekarang ini.
Biodata Caprice Ariz
Nama Penuh : Ariz Ramli
Nama Popular : Caprice
Asal : Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh Lahir : 25 Julai 1989
Umur : 30 Tahun (2019)
Pendidikan : International School Kuala Lumpur (ISKL)
Kerjaya : Penyanyi Rap, dan Pemilik Caprice Records (Caprice Productions Sdn. Bhd.). Usahawan berjaya (Jihad In Education / Umrahloka / Bang Bang / RAJIN app / IslamPro / Mengaji.com / SalamJodoh / Classruum.com / duta @dr.b.official official)
Lagu Popular : Haa Tepok (2019), Baby Sayang (2019), Takut (2019)
Media Sosial : Instagram @capriceofficial , Facebook @CapriceAriz, Twitter @capriceTV Youtube CapriceTV
Menarik Tentang Caprice Ariz
- Seorang penyanyi rap dulunya pernah di kecam oleh netrizen kini menjadi ahli usahawan yang berjaya,
- Sejak umur 15 tahun meminat muzik genre Rap dan hip hop.
- Ayah beliau bekerja sebagai Duta Malaysia di Wisma Putra.
- Pada umur 5 tahun sehingga 14 tahun berada di luar negara.
- Caprice pernah lari dari rumah tanpa izin ibubapanya demi meneruskan kerjayanya sebagai pemuzik Rap dan tinggal bersama DJ Nas T, Subang dan Cat Farish, Noh Hujan dan Dimas.
- Meletkkan Jay Z seorang penyanyi rap berasal dari Amerika yang mempunyai sejarah hidup yang susah dan kini popular disana.
- Memulakan langkah dengan membuat persembahan dan ceramah di sekolah dengan membawa kempen Anti Buli.
- Hanya menggunakan ‘smartphone’ yang digelarnya sebagai ‘kuasa’ untuk mempengaruhi anak muda dan sememangnya kebanyakan peminat muzik Caprice adalah daripada budak-budak sekolah.
- Caprice telah membuat Jihad In Education dan Classruum.com iaitu Tuisyen Online dan telah dijual kepada Johor Corp dengan harga 2.5 juta.
- Caprice mencipta Mengaji.com dan telah diterima oleh orang ramai dengan kuasa viral.
- Meneruskan kariernya sebagai usahawan dan pemuzik sebagai jihad.
- Membina Rajin app untuk membantu orang cari kerja dan Smart Surau untuk membina surau selesa yang inovasi dan berteknologi supaya ramai anak muda berminat ke surau untuk solat.
- Kini, Caprice tampil dengan lagu terbaru bersama Pelakon Wanita Popular Mira Filzah dengan tajuk lagu Baby Sayang. Mempunya 2 juta tontonan di youtube dalam masa 2 minggu.
Foto Terkini
Begitulah sedikit biodata Caprice Ariz yang dapat dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Tags: #ariz ramli #baby sayang #caprice #clasruum.com #jihad Education #mengaji.com #Rap #rapmalaysia