Biodata
Nama Penuh :Raja Muhammad Atiqullah Shah Bin Raja Azman Shah
Nama Popular : Atiq Azman
Umur : 18 tahun (2019)
Keluarga : Anak sulung daripada empat beradik
Asal : Bachok, Kelantan
Telemovie :
Isteriku Cikgu (TV3), Petua Nenek (tv9), Sumpah Ibu (TV9).
Pendidikan : Sekolah Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) Kuala Terengganu, Maahad Tahfiz Nurul Huda, Maahad Tahfiz Mustaqim, Sekolah Menengah Perimbun, Cheras, Kuala Lumpur dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2018.
Kerjaya : Pelakon dan Model Lelaki
Media Sosial : Instagram @therajaatiqullah, Twitter @atiqazman
Menarik Tentang Atiq Azman
- Atiq mula popular dengan lakonan pertama beliau dalam Drama Nur pada tahun 2018 bersama pelakon terkenal Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.
- Beliau pernah bersekolah tahfiz di Kuala Lumpur dan Terengganu sehingga tingkatan tiga dan meneruskan persekolahan di sekolah biasa kerana tidak mampu untuk mengikuti pelajaran tahfiz.
- Sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan, beliau pernah menjual sotong goreng tepung.
- Minat untuk berlakon timbul apabila beliau pergi ke set penggambaran dan ambil gambar dengan artis. Bermula dengan ujibakat sebagai pelakon tambahan kecil-kecilan.
- Beliau pernah tular di media sosial apabila bacaan al-Quran Surah ArRahman mendapat pujian daripada masyarakat dan kelunakan suaranya boleh menitiskan airmata sesiapa yang mendengarnya.
- Pernah menjadi Johan bagi pertandingan hafazan anjuran masjid.
- Atiq juga memiliki bakat dalam nyanyian. Waktu persekolahan, beliau sentiasa memuat turun cover lagu artis-artis tempatan seperti Dimatamu, Sufian Suhaimi.
- Populariti Atiq semakin bertambah apabila lakonan beliau dalam Drama Nur 2 bersama Syafiq Kyle, Amyra Rosli dan Azar Azmi mempunyai adegan bersentuhan dan bersalaman. Kata beliau, “saya tidak kisah melakonkan adegan bersalaman atau bersentuhan tetapi tidak melampaui norma seseorang muslim”.
- Beliau cuba sedaya upaya untuk menggembirakan ibubapanya dalam bidang lakonan kerana beliau sedar kekurangannya dalam pelajaran.
- Beliau bercita-cita menyambung pelajaran ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) suatu masa nanti.
Foto Terkini
Tags: #Biodata Raja Atiq #Nur 2 #Pelakon Drama Tempatan