Biodata
Nama Penuh : Aman bin Jamaluddin
Nama Popular : Aman RA
Tarikh Lahir : 20 April 1987
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Genre : Rap dan Hip Hop
Kerjaya : penyanyi, penulis lirik, komposer, penerbit rakaman dan usahawan Malaysia
Media Sosial : Facebook @amanRAcom Instagram @amanRAcom Twitter @AmanRAcom
Menarik Tentang Aman RA
- Aman RA mula dikenali sebagai Kraft yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan College Dropouts bersama dengan rakan sekolahnya, Caprice pada 2006. Kumpulan tersebut telah menyertai pertandingan anjuran Astro Hitz, TV Blast Off Musim Ketiga dan telah mendapat tempat kedua.
- Beliau mula bergiat aktif dalam industri hiburan pada tahun 2006 sehingga kini.
- Aman RA bukan suatu nama yang asing dalam dunia hip hop. Beliau mula mendalami dunia rap sejak zaman sekolah menengah, dan kini bintang berusia 31 tahun ini banyak menimba pengalaman dengan menyertai pelbagai pertandingan rap dan membuat persembahan di pelbagai acara tertutup.
- Beliau bukan sahaja bertutur dalam Bahasa Melayu, malah fasih dalam Bahasa Inggeris. Populariti Aman RA semakin meningkat apabila bekerjasama dengan beberapa nama besar muzik tempatan seperti Altimet, Dayang Nurfaizah dan Haqiem Rusli.
- Beliau terkenal dengan mencipta lagu rap dan hip hop yang berkualiti dan memberi pengajaran kepada masyarakat. Netizen sedar idea dan kreativiti Aman RA mempunyai maksud dan sindiran ke arah mendidik masyarakat.
- Aman RA juga terpilih sebagai penulis lirik dan diberi peluang untuk menyampaikan lagu tema Sukan Paralimpik ASEAN ke-9 berjudul “I Am Here” di Kuala Lumpur.
- Selain daripada bergiat aktif dalam industri hiburan, Aman RA juga digelar sebagai usahawan dengan mempunyai jenama barangannya sendiri iaitu BudakFlat Co dan Boleh Pergi Mampus.
- Populariti Aman RA semakin meningkat dengan lagu ‘Budak Flat’ yang menceritakan tentang kehidupan beliau sendiri.
Foto Terkini
Rujukan
Wikipedia Aman_RA
Facebook @amanRAcom
Instagram @amanRAcom
Tags: #Aman RA #Artis Tempatan #Biodata #BudaK Flat #Hip hop #Rap