Nama Penuh : Aiman Hakim Bin Ridza Abdoh
Nama Popular : Aiman Hakim Ridza
Tarikh Lahir : 17 Januari 1989
Asal : Johor Bahru, Malaysia
Kerjaya : Pelakon, Penyanyi, Duta Produk dan Bekas Pemain Bola Sepak Amatur Malaysia
Drama : Drama Vanila Coklat (2011), Diandra (2013), Projek Memikat Suami (2013), Isteri Separuh Masa (2015), Urusan Hati Cik Drama Queen (2017) dan Girlfriend Aku Dari Neraka The Series (2017). Kimchi Untuk Awak ditayangkan pada 30 Mac 2017 (filem sulung).
Media Sosial : Instagram @aimanhakimridza
Menarik Tentang Aiman Hakim Ridza
- Aiman Hakim mula memasuki bidang hiburan tanahair apabila beliau menjadi peserta rancangan realiti TV Mentor kelima di TV3 Tahun 2011.
- Populariti beliau meningkat apabila lakonan dalam Drama Vanila Coklat (2011) telah mendapat sambutan peminat luar biasa.
- Aiman menghasilkan nyanyian solo Buatmu Cinta OST untuk drama Astro Ria Projek Memikat Suami dan lagu duet Khalimah Janji bersama Ernie Zakri, ditulis oleh Manusia Putih dan Budhi Hekayat.
- Pada Februari 2014, Aiman mendedahkan bahawa beliau telah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan model jelita, Nur Fathia selama setahun. Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada Disember 2015 dan Aiman memilih untuk mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut mengenai perpisahannya dengan Fathia.
- Merupakan duta kepada Height Up, Garnier Men, Bee Talk dan Habib Jewel.
- Mempunyai latar akademik yang baik daripada University Sunway.
- Aiman merupakan Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL) yang turut bersama beliau adalah Neelofa dan Zoey Rahman. Selain itu, merupakan duta untuk Anugerah Syawal 2013, Duta Promosi Drama Festival Kuala Lumpur 2014 dan Duta Habib Jewel Syawal 2017.
- Aiman kini mempunyai pasangan kekasih bersama Zahirah Macwilson. Netizen mendoakan agar pasangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin.
Foto Terkini
Rujukan :
Wikipedia Aiman Hakim Ridza
Tags: #Aiman Hakim Ridza #Artis Lelaki Malaysia #Biodata #Fakta Menarik