Biodata
Nama Penuh : Nurul Ain Syahirah Binti Mat Hasmuni
Nama Popular : Aen Syahera
Kelahiran : Rantau Panjang, Kelantan
Tahun Lahir : 1993
Umur : 26 Tahun (2019)
Pendidikan : Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UITM)
Kerjaya : Pengasas Jenama Kosmetik Syahera Beauty
Produk : Luxury Gold (khusus untuk wanita), NAS Syahera Beauty (kegunaan lelaki dan wanita), Mixfruit Luxury, Curve Exclusive ( produk detox), Whiterich, Syahera Scarf.
Kejayaan : Pernah dinobatkan sebagai Ikon Festival Wanita Muda 2016 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak Tun Abdul Razak di PWTC.
Media Sosial : Instagram @syaherabeauty, @aensyahera Facebook @aensyahera , @syaherabeauty
Menarik Tentang Aen Syahera
- Pada umur 24 tahun, Aen sudah mampu menarik nafas lega apabila mengasaskan produk sendiri dan sekaligus sebaris dengan produk kosmetik tempatan.
- Beliau mula terkenal dalam kalangan rakyat Kelantan dengan lakonan bersama Syahmi Syazli.
- Kecantikan dan kejelitaan beliau memikat hati masyarakat sehingga membuat produk kecantikan sendiri pada usia muda.
- Aen Syahera pernah digosipkan bersama pelawak terkenal Zizan Razak.
- Aen Syahera suatu ketika dahulu digelar Gadis Kampung dan sehinggalah produk yang dihasilnya mendapat tempat dalam masyarakat dan liputan di THR Gegar dan Majalah Mingguan Wanita.
- Permulaan Aen Syahera dalam bisnes adalah membuat dropship, seterusnya menjadi agent, stokis dan akhirnya menjadi founder Syahera Beauty.
- Beliau pernah jatuh dalam bisnes dan bangun kembali dengan sokongan keluarga. Dikeji, dihina bukan halangan untuk Aen berhenti berusaha sebaliknya jadikan satu semangat baru dan buktikan pada masyarakat yang Aen boleh buat dan berjaya.
- Aen sentiasa berpesan.”waktu kita susah tak de sorang pun yang datang tolong dan tak akan ada orang yang akan ubah nasib kita kalau bukan diri sendiri. Buat sesuatu kerja dengan niat ingin bantu family, ubah nasib keluarga untuk lebih senang.
- Kisah bisnes yang tidak boleh dilupai adalah sewaktu COD produk dengan menaiki motosikal di tengah panas sehingga kena saman polis kerana tiada lesen memandu. Dan sewaktu menaiki motorsikal hantar produk tersebut, tiba-tiba hujan dan basah segala jenis produk yang dibawa. Katanya,”Tidak tahu air mata ke air hujan yang lebih banyak keluar”.
- Aen Syahera Beauty telah menembusi pasaran antarabangsa seperti Brunei, Singapura dan Thailand.
Foto Terkini
Tags: #Anak Kelantan #Biodata Aen Syahera #Curve Exclusive ( produk detox) #Jutawan Kosmetik Muda Dari Kelantan #Jutawan Muda #Luxury Gold (khusus untuk wanita) #Mixfruit Luxury #NAS Syahera Beauty (kegunaan lelaki dan wanita) #Syahera Beauty #Syahera Scarf. #Whiterich