Kelahiran anak atau bersalin adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu. Sememangnya detik ini adalah paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Apatah lagi bagi kelahiran anak pertama, perasaan gembira dan risau bersilih ganti dan hanya penyerahan sebulat-bulatnya pada Tuhan dapat menenangkan perasaan ini.
Pelbagai persoalan juga timbul dalam benak fikiran pasangan suami isteri, adakah anak ini lelaki atau perempuan? Adakah anak ini kelahiran normal? Dan bermacam-macam lagi soalan timbul.
“Diamkan fikiran, matikan akal, penyerahan dan pergantungan pada Allah adalah sebaiknya kerana hal kelahiran bukan boleh tentukan oleh manusia”.
Namun begitu, bakal ibu dan ayah perlu tahu kaedah mengurangkan kesakitan bersalin tanpa ubatan supaya keselamatan ibu dan anak terjaga.
Dibawah ada beberapa kaedah yang telah disahkan oleh pakar-pakar perubatan bagi mengurangkan kesakitan bersalin terutamanya kelahiran anak pertama.
Kaedah Kurangkan Kesakitan Bersalin Tanpa Ubatan
- Mendapat sokongan semasa proses bersalin
- Berjalan-jalan dan bergerak
- Melakukan urutan badan
- Mandi atau tuam badan dengan air suam
- Lakukan amalan yang boleh memberi ketenangan
- Dapatkan persekitaran yang tenang tanpa pencahayaan yang terlalu terang
- Elakkan gangguan daripada orang ramai
- Dapatkan posisi melahirkan anak mengikut pilihan ibu
Tags: #Ibu dan anak #Kaedah Kurangkan Kesakitan Bersalin Tanpa Ubatan #Kelahiran Anak Pertama