Pengenalan
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. Ada juga pembuat kompang menggunakan getah xrays kerana lebih jimat dan mudah penyelenggaraanya.
Rentak Zapin
Zapin, seperti Masri, juga mempunyai asal usul daripada Timur Tengah. Ia dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang berdagang di Malaya dan Singapura pada abad ke-19. Muzik Zapin selalunya dimainkan dengan alat muzik gambus (dipanggil “oud” dalam istillah Inggeris). Tempo muziknya antara tempo sederhana dan laju rancak. Zapin juga mempunyai identitinya tersendiri di dalam dunia tarian Melayu.
Penggambaran rentak asas zapin:
Tulisan nota muzik Barat (sekadar pengetahuan sahaja):
Bunyi Kompang Paluan Zapin
kredit video : Channel Khairol Anuar (Guru Kompang)
Tags: #kompang #kompang formasi #kompang selawat