Awas!! Jangan Menyampuk Bila Orang Tua Bercakap

39745232 2161880867471951 8399881833885466624 N

Orang tua dulu-dulu pantang benar bila kita menyampuk bila mereka bersembang. Biadap katanya.

“Saya sendiri beberapa kali pernah dirotan sebab menyampuk. tak cukup tingkat rumah flat nak lari bila kena hambat dengan rotan, getah paip, raket badminton atau yang sewaktu dengannya.”

Selalu juga anak – anak murid mengadu mak dengan ayah tak nak layan mereka bercakap. Bila diselidik rupa-rupanya memang tak kena timingnya. Waktu mak atau ayah sedang menelefon, waktu tu lah mereka nak berceloteh. Memang tak layanlah.

Jadi saya selalu beritahu anak murid saya begini. Cikgu kongsikan cara bagaimana korang kecik-kecik ni nak menyampuk secara beradab sewaktu mak, ayah atau cikgu kamu yang sedang bersembang sesama mereka atau orang lain.

Mula-mula sekali kamu kena kenalpasti benda tu penting atau tak. Benda penting ni seperti berikut :

1. Memberitahu sesuatu kecemasan. 

contoh: adik masuk mainan dalam mulut, ada orang telefon, dapur ada asap banyak ke, air tumpah dan sebagainya.

2. Meminta izin melakukan sesuatu atau nak pergi ke mana.

Contoh: nak makan aiskrim dalam peti, nak pergi main basikal dengan kawan, nak ajak kawan masuk dalam rumah, nak gunting kertas, nak conteng buku dan macam-macam lagi.

Kalau benda yang kamu nak cakap tu masuk dalam senarai nombor 1 tu, kamu cakap jelah terus bagitahu mak, ayah atau cikgu.

Ibu Anak

Kredit Foto : Ruang Muslimah

Tapi kalau nombor 2 tu perlahan-perlahan pegang mak, ayah atau cikgu. Tak payah cakap apa-apa. Pegang dan pandang sahaja mereka. Nanti mereka akan bagitahu rakan sembang mereka untuk berhenti sekejap dan beri fokus pada kamu pula.

Waktu tu kamu cakap lah elok-elok apa yang kamu nak cakap. Dan selepas tu jangan lupa ucap terima kasih pada mereka dan rakan sembang mereka kerana sudi memberi laluan kepada kamu untuk bercakap.

“Kalau kamu buat macam ni takdelah ibu, ayah atau cikgu kamu marah bila kamu ganggu mereka berbual. Ada adab dan tatasusila. Ini contoh anak yang baik. Boleh?”

3) Mak ayah pula bila anak mencelah waktu kalian bersembang, jangan cepat sangat jadi ‘angry bird’ . Untuk menukar adab yang baik menjadi tabiat dalam diri anak-anak perlukan banyak masa dan latihan.

Dan dalam masa dan latihan yang berulang-ulang kali itu mereka akan buat kesilapan demi kesilapan. Anggaplah itu sebagai petanda bahawa anak kita belum kompeten dan ianya peluang untuk memperbaikinya.

“Jika anak-anak dah pegang dan tunggu respon dari kalian maka mintalah izin sekejap dari rakan sembang kalian untuk berhenti sekejap dan melayan anak-anak kalian.”

Doa Untuk Orang Tua Thumbnail 800x445

Kredit Foto : Yayasan Ribathul Ukhuwwah

4) Puji mereka sikit kerana sedia menunggu giliran sebelum memulakan perbualan dengan mereka. Dan kalau rasa panjang cerita yang mereka nak sembang beritahu mereka untuk sembang selepas selesai perbualan dengan rakan sembang anda.

Sebagai permulaan memang akan ada penentangan dari mereka. Bergantung kepada tingkahlaku anak-anak. Tambahan pula generasi anak-anak hari ini semua benda nak cepat dan segera. Ketegasan kita dalam mengikuti aturan ini akan memberi isyarat kepada mereka untuk berubah dan menjadi lebih toleran.

“Dalam kelas memang akan ada murid yang selalu tetap menjerit walaupun bukan giliran mereka. Dan memang teguran secara peribadi akan diberikan kepada mereka supaya tidak mengulangi tingkahlaku sebegitu.”

5) Menerap akhlak yang baik dan adab sopan bukan perkara mudah. Baik untuk ibubapa mahupun guru-guru. Mungkin sebab itu ramai yang ambil jalan mudah. Jadi singa atau diktator yang lebih mudah menyampaikan arahan dan hukuman semata-mata buat anak-anak.

Tindakan sebegini hanya akan membesarkan anak-anak yang sentiasa berada dalam paras survival state dan bertindak atas desakan dan paksaan bukan atas kemahuan dan kesedaran sendiri.

6) Jalan tekun dan sabar itulah jalan yang biasanya mampu menghasilkan anak-anak yang menitikberatkan adab dan sopan.
Semoga berjaya semua.

Rujukan : Asmadi Abdul Samad

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Awas!! Jangan Menyampuk Bila Orang Tua Bercakap"