Asas Penjagaan Ikan Arowana / Kelisa Untuk Beginner

6e9dee7f7a2ade12391499dcaa21e400

Ikan Arowana adalah ikan kebanggaan Malaysia terutamanya kategori/gred tinggi iaitu Malaysia Golden Arowana. Harganya boleh mencecah RM300-RM500 sebesar saiz 3-4 inch.

Bagi pemula hobi memelihara arowana ini, anda mesti bersedia dengan hati yang kental dan bersedia pada setiap masa. Tips yang ingin dikongsikan disini adalah tentang asas-asas penjagaan Arowana yang WAJIB diketahui oleh peminat pembela Arowana.

Asas Penjagaan Arowana

Sebenarnya penjagaan arowana adalah senang dan ada jugak rumitnya. Tetapi persepsi masyarakat telah menyebabkan timbul satu pemikiran yang memelihara arowana ini bahaya kerana takut ikan tersebut mati. Maklumlah harga arowana ni agak mahal bagi penghobi baru. Tapi anda tidak perlu risau kerana arowana ni jenis spesies haiwan ezoktik yang tahan lasak,kalau sebulan tak makan pun arowana ni tetap jugak hidup.

Namun itu hanyalah persepsi dan tidak benar sama sekali. Dibawah ini saya nyatakan persediaan awal dalam penjagaan ikan arowana kesayangan kita.

1. Sebelum membeli atau memelihara arowana adalah lebih baik diselidiki dahulu ikan arowana yang mana yang hendak dipelihara. Terdapat berberapa jenis yang mudah didapati di kedai Ikan Hiasan di negara kita.

Terdapat pelbagai variasi arowana dalam 3 kategori.

2. Setelah dipastikan Arowana yang mana, sebelum membawa pulang arowana tersebut, kalau boleh tinggalkan ikan tersebut dikedai tadi selama satu hari dan tidak diberi makanan. Ini adalah untuk mengurangkan stress kepada arowana tersebut semasa perjalanan dari kedai ke rumah anda.

3. Untuk penyediaan akuarium, penghobi adalah digalakkan menyediakan sekurang-kurangnya akuarium 3 kaki atau lebih. Akuarium hendaklah disediakan terlebih dahulu dan pastikan akuarium tersebut mempunyai penutup atas yang rapat dan teguh. Kemudian pastikan tiada benda tajam di dalam dan di bawah permukaan penutup akuarium tersebut bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada Arowana maklumlah arowana ni jenis haiwan yang aktif dan suka melompat.

4. Sebelum masukkan air paip pastikan anti Klorin sudah siap dimasukkan terlebih dahulu dan sedikit garam kemudian masukkan air. Seboleh-bolehnya akuarium tersebut telah disediakan dengan air yang mengalir sekurang-kurangnya 3 hari. Pastikan akuarium anda mempunyai Motor untuk sistem penapisan, Air Bubble untuk tambahan oxygen dan yang terakhir tetapi penting iaitu backup air bubble(ACDC). Ianya berfungsi untuk mengeluarkan Bubble/oxygen jika tiadanya bekalan elektrik

5. Setelah semuanya sedia bawa ikan tersebut masukkan Arowana anda kedalam akuarium bersama-sama dengan plastiknya(tanpa dibuka), ini bertujuan untuk keserasian suhu diantara air dalam plastik dengan air akuarium. setelah 10 Minit buka palstik dn masukkan air akuarium kedalam palstik tadi dalam anggaran 1/3 dan biarkan selama 3-5 minit. Kemudian masukkan sedikit air ke dalam bungkusan arowana itu supaya arowana boleh merasa air itu atau pun dengan istilah lain arowana tidak terkejut dengan air yang baru. Setelah itu barulah masukkan Arowana anda kedalam akuarium. Setelah dimasukkan janganlah diberi makan sehingga keesokkan harinya atau sekurang-kurangnya selama 12 jam.

6. Untuk lebih menikmati keindahan atau menaikan seri lagi sisik-sisik Arowana anda adalah digalakkan anda memasang lampu pada akuarium anda dan berlatar belakangkan warna seperti hitam atau putih dan biru.

7. Untuk jenis makanan arowana, anda adalah digalakkan untuk mempelbagaikan sumber makanannya agar ikan anda sihat dan akan kelihatan lebih cantik dan menarik. Contoh pemakanannye ialah seperti ulat,cengkerik,cacing,lipan,anak ikan dan sebagainya.

8. Ingat!! air akuarium anda perlu ditukar sekurang-kurangnya 4 hari dan tak lebih dari seminggu sekali. Ini adalah untuk memastikan kitaran air didalam akuarium anda sentiasa pada kadar PH dan KH yang baik dan sihat untuk ikan Arowana anda.

Selamat Mencuba..!!

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #arowana #asas jaga ikan bagi pemula #asas penjagaan arowana #beginner #kelisa #mggb

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Asas Penjagaan Ikan Arowana / Kelisa Untuk Beginner"