Arowana atau kelisa adalah sejenis ikan air tawar yang amat tinggi nilainya. Jika sesiapa yang pernah melihat ikan ini, pasti akan tertarik dengan kecantikan warna badan dan sifat agresif ikan ini.
Berdasarkan ‘grower’ Arowana, saudara Ajib dari Bukit Merah, “apabila seseorang itu menceburi hobi membela arowana, hati mestilah kental dan perlu bersedia pada setiap masa. Dulu arowana tak mampu dimiliki oleh orang biasa, namun sekarang harga arowana mampu milik kerana hasil kecanggihan dan kepakaran teknologi kini dalam mengeluarkan baka arowana f3.”
Katanya lagi, “pembela ikan arowana perlu mengetahui asas penjagaan air, cara menukar air yang betul, cara beri makan dan pelbagai lagi supaya arowana kekal sihat dan sempurna warnanya.”
Bagi masyarakat cina, membela arowana tidak asing bagi mereka. Hal ini kerana kepercayaan mereka jika membela arowana di rumah, ibarat seperti menjemput rezeki datang ke rumah. Jika arowana bahagia, maka mencurah-curah rezeki akan masuk.
Bagi sesetengah masyarakat melayu pula, mereka membela arowana bukan sekadar minat semata-mata, malah ia adalah sifat semulajadi manusia lebih-lebih lagi melayu yang suka kepada alam, haiwan dan tumbuhan. Agama Islam juga mengajak penganutnya untuk mencintai binatang supaya sifat kasih, prihatin dan cakna dapat dipupuk.
Arowana terdapat dalam gred paling rendah sehingga gred tinggi. Mari bersama kita kenali kategori dan jenis ikan Arowana Gred Rendah (Murah).
Arowana Gred Rendah
- Black Arowana
- Green Arowana
- Afrika Arowana
- Banjar Red Arowana
- Yellow Tail Arowana
Kredit :
Trusted Seller : Ajib Anuar Arowana
Youtube Peminat Arowana : Khairol Anuar Channel
Jom kenali Arowana Gred Rendah, Arowana Gred Pertengahan dan Arowana Gred Tinggi
Tags: #arowana #gred rendah #hobi #jenis #kategori #kelisa