Apakah Maksud Gelandangan ?

Jikjik

Isu berkaitan gelandangan semakin menjadi buah mulut masyarakat terutamanya dalam kalangan mereka yang berada di bandar. Isu ini dilihat seperti tiada kesudahan ibarat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Mari kita kenali serba sedikit info berkenaan gelandangan.

Gelandangan adalah mereka yang ketiadaan tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap. Boleh juga dimaksudkan bahawa gelandangan ialah mereka yang terputus hubungan dengan keluarga dan masyarakat.

Jika di negara luar, terdapat bermacam-macam faktor menjadi gelandangan. Antaranya adalah disebabkan peperangan, bencana alam, pengusiran paksa dari pihak kerajaan, gangguan jiwa, penyalahgunaan dadah dan keganasan rumah tangga.

Hasil temubual kami bersama beberapa gelandangan di Malaysia, mereka menjadi gelandangan adalah di atas faktor tiada peluang pekerjaan, masalah rumahtangga (suami isteri), dan dihalau oleh keluarga atau saudara mara.

Masalah gelandangan sering berlaku akibat sukar untuk mendapat peluang pekerjaan. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi dan tidak berkemampuan membuat bayaran sewa rumah, mereka memilih untuk tidur di jalanan terutamanya di kawasan bandar yang besar.

Isu gelandangan ini tidak boleh dipandang kecil kerana jumlah gelandangan di Negara Malaysia semakin hari semakin bertambah.  Harapan agar mereka mencapai kebahagiaan sebagai seorang Insan disuatu hari nanti.

 


Carian Berkaitan
maksud gelandangan

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #gelandangan #helping the homeless #homeless #malaysia

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Apakah Maksud Gelandangan ?"