Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan Yang Mudah Dilakukan

Selamat Puasa Ramadhan

Menjelang Ramadhan, mereka menyibukkan diri dengan amal ibadah kerana Allah janjikan berlipat kali ganda kepada mereka yang berbuat kebajikan pada bulan ini.

Selain daripada amalan wajib seperti solat, zakat atau bayar fidyah, amalan sunat juga ditekankan agar dapat menampung kelompongan pada amalan wajib. Mari kita kenali sunat-sunat puasa Ramadhan.

Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan Yang Mudah Dilakukan

  1. Menyegerakan Berbuka Puasa

    • Menyegerakan berbuka puasa jika yakin matahari terbenam. Berbeza pula jika seseorang itu syak. Orang yang syak wajib berhati-hati dan melewatkan berbuka puasa.
  2. Sahur

    • Bersahur meskipun hanya dengan seteguk air. Waktu afdhal bersahur bermula pertengahan malam.
  3. Melewatkan Sahur

    • Melewatkan sahur dan jangan sampai kelewatan tersebut dikeji.58673929 2662810977081638 9189192472364843008 N
  4. Kurma Separuh Masak

    • Berbuka puasa dengan kurma separuh masak dengan bilangan ganjil.
    • Didahulukan kurma untuk kali pertama. Jika tiada kurma separuh masak, ambil kurma yang hampir masak yang belum menjadi kurma kering kemudian buah kurma kering kemudian air zam-zam, kemudian air, kemudian hulw (makanan manis yang tidak disentuh api seperti kismis dan madu), dan seterusnya Halwa (makanan manis yang disentuh api).
  5. Berdoa Ketika Berbuka Puasa58570645 2662811253748277 4938590646639263744 N

  6. Mengadakan Majlis Berbuka Puasa

    • Mengadakan majlis berbuka puasa bagi mereka yang berpuasa kerana akan memperolehi pahala yang besar.
    • Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, “Barangsiapa memberi makan kepada orang berpuasa, mereka mendapat pahala seperti orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahala puasa orang tersebut”.
  7. Mandi Janabah Sebelum Fajar

    • Mandi Janabah sebelum fajar untuk keluar dari khilaf dan supaya kita memulakan puasa dalam keadaan suci.58707868 2662811447081591 7503992054402252800 N
  8. Mandi selepas waktu maghrib

    • Mandi setiap malam hari di malam-malam Ramadhan setelah waktu Maghrib supaya segar untuk melaksanakan ibadah waktu malam.
  9. Solat Terawih

    • Menjaga solat terawih dari awal malam hingga akhir malam Ramadhan.58608426 2662810670415002 7128169397956378624 N
  10. Solat Witir

    • Bersungguh-sungguh memelihara solat witir.
    • Terdapat 3 perkara khusus solat witir di bulan Ramadhan.
      • Sunat dilakukan secara berjemaah
      • Sunat dilakukan secara nyaring
      • Sunat dibacakan doa qunut di pertengahan akhir Ramadhan berdasarkan pendapat muktamad (bermula 15/16 Ramadhan)
  11. Tadabbur Al-Quran

    • Memperbanyakkan bacaan Al-Quran secara tadabbur (menghayati makna) terutamanya pada bulan turunnya al-Quran.
  12. Banyakkan Ibadah Solat Sunat

    • Banyakkan melakukan solat sunat rawatib, solat sunat dhuha, solat sunat tasbih dan solat sunat awwabin.57611671 2662810427081693 7250927886922678272 N
  13. Tingkatkan Amal Soleh

    • perbanyakkan sedeqah, menyambung sillaturrahim, menghadiri majlis ilmu, iktikaf, mengerjakan ibadah umrah. Memelihara hati dan anggota badan.
    • Membaca doa Ma’thurah (Doa yang datang dari Al-Quran dan hadis.
  14. Memburu Lailatul Qadar

    • Bersungguh-sungguh pada 10 akhir Ramadhan dan mencari malam lailatul Qadar. Digalakkan mencari Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil.58444117 2662813100414759 8403766696229208064 N
  15. Makanan Halal Berbuka

    • Menyediakan makanan halal untuk berbuka puasa supaya lebih sempurna.
  16. Gembirakan Ahli Keluarga

    • Menggembirakan hati ahli keluarga dengan melebihkan perbelanjaan terdapat mereka.
  17. Tinggal Perkara Lalai Dan Maki Hamun

    • Sekiranya seseorang di maki hamun oleh seseorang, maka hendak dia memberi peringatan dalam hatinya,n “Bahawa dia sedang berpuasa”.58380431 2662812670414802 3939920263948271616 N

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan Yang Mudah Dilakukan #Cara Menjaga Kualiti Puasa Ramadhan #puasa Ramadhan

Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
4 Sifat Menghalang Ibadah Diterima Allah ; Ujub, Riak, Takabur, Sum’ah
Berhati-hati duhai sahabatku dalam kehidupan ini. Ramai manusia yang mengerjakan ibadah, namun dicampakkan
7 Perkara Sebab Amalan Di Tolak Oleh Allah
Sesungguhnya kehidupan seseorang hamba dinilai berdasarkan sejauh mana ingatan seseorang itu kepada Allah.

Leave a reply "Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan Yang Mudah Dilakukan"