Amalan-amalan ibadat pada bulan ini sama ada yang fardhu atau yang sunat adalah sama dengan bulan-bulan yang lain.
Tiada amalan yang khusus dianjurkan oleh Islam pada bulan ini.
Walaubagaimanapun, kita diminta mempertingkatkan ibadah dari semasa ke semasa walau ketika bulan mana sekalipun. Lebih-lebih lagi adalah pada bulan Ramadhan.
Diantara Solat Sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W sepanjang tahun adalah seperti berikut:
- Solat Sunat Fajar
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Witir
Marilah bersama-sama memperkemaskan ibadah kita kepada Allah agar kehidupan sentiasa dibawah payungan Rahmat Allah.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Hendaklah kamu semua berbuat sesuai dengan kekuatan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah itu tidak jemu (memberi pahala) sehingga kamu semua bosan (melaksanakan amalan itu). Adalah cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu ialah apa-apa yang dikekalkan melakukannya oleh orang itu (tidak perlu banyak asalkan berterusan.”
Muttafaq’alaih.
Tags: #Amalan Khusus #Solat Dhuha #Solat Fajar #Solat Rawatib #Solat Tahajjud #Solat Witir