Kuiz adalah aktiviti amat menarik yang boleh digunakan sebagai salah satu Aktiviti Pentaksiran Bilik Darjah.
Sebelum guru memilih aktiviti pentaksiran yang sesuai, guru perlu terlebih dahulu mengetahui tujuan pentaksiran dilakukan. Menurut Moktar Ismail, pentaksiran adalah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai.
“Kuiz kebiasaanya digunakan oleh guru bagi menentukan keupayaan, keberkesanan pengajaran dan aras pemahaman murid tersebut.”
“Murid juga amat seronok apabila cikgu ingin bermain kuiz. kan?”
Terdapat pelbagai kaedah kuiz yang boleh dilakukan.
-
Kuiz berbentuk bertulis (Subjektif)
- Guru menyediakan soalan sama ada dalam bentuk hardcopy, dan diedarkan kepada murid, atau menulis soalan di papan putih dan memanggil murid secara rawak bagi menjawab soalan tersebut.
-
Kuiz berbentuk bertulis (Objektif)
- Guru menyediakan soalan dalam bentuk hardcopy, dan diedarkan kepada murid. Soalan tersebut mempunyai pilihan jawapan dalam bentuk A,B,C dan D. Murid menanda jawapan tersebut mengikut arahan guru.
-
Kuiz berbentuk Online / Kuiz Interaktif
- Terdapat banyak cara menyediakan kuiz secara online. Kebiasaanya murid lebih suka dengan kuiz online berbanding kuiz bertulis.
- Berikut adalah beberapa web yang menyediakan kuiz online mudah untuk guru-guru.
Semoga membantu guru-guru dalam melaksanakan Aktiviti Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1. Share pada rakan jika ada kebaikan. Terima kasih…
Baca Selanjutnya bagi mengetahui Aktiviti Pentaksiran Bilik Darjah yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
-
Kuiz
-
Permainan
-
Main Peranan
-
Bercerita
-
Projek Mudah