Kejadian di Moscow pada pembukaan tahun baru 2019 mengisahkan seorang bayi lelaki ditemui masih hidup, selepas 35 jam terperangkap dalam cuaca sejuk beku dalam runtuhan blok apartmen di Russia yang runtuh akibat letupan, menurut pegawai penyelamat.
Mereka menyifatkan insiden itu sebagai ‘keajaiban’.
Pada mulanya, letupan itu disebabkan kebocoran gas. Tragedi ini merosakkan 48 apartmen dalam bangunan 10 tingkat di bandar perindustrian Magnitogorsk, semalam dan telah mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dengan 36 mangsa masih hilang.
Rakaman video daripada kementerian kecemasan tempatan menunjukkan seorang pekerja penyelamat mengeluarkan bayi memakai stokin merah jambu dan menutupnya dengan selimut, sebelum berlari ke arah ambulans.
Difahamkan, suhu semasa di bandar Magnitogorsk adalah -17 darjah Celcius dan menjadi lokasi tumpuan beberapa loji besi terbesar di Urals yang terletak kira-kira 1,700 kilometer di timur Moscow. – Reuters
Sumber dari : https://www.bharian.com.my/