Air Kosong atau Cecair Lain Bahaya Diberi Pada Bayi 5 Minggu

5 Kandungan Nutrisi Dalam ASI Yang Penting

Pemberian susu ibu amat penting kepada bayi kerana susu ibu segar, seimbang dan cukup nutrien untuk si bayi. Selain itu, kebaikan memberi penyusuan kepada bayi juga dapat mengelakkan si ibu daripada mengalami bengkak payudara serta dapat memastikan perkembangan bayi yang baik.

“Tetapi, ada segelintir daripada ibu menggantikan susu dengan air kosong atau cecair lain akibat perasaan si ibu risau akan kekurangan air pada si bayi.”

Persoalannya, adakah pemberian air kosong atau cecair lain baik untuk bayi? Apakah risiko yang akan dialami oleh bayi jika pengambilan air kosong yang terlalu banyak?

Berikut adalah jawapan kepada persoalan di atas yang perlu ibubapa tahu.

Bahaya Pemberian Air Kosong / Cecair Lain Kepada Bayi

1. Kekurangan Zat Makanan Kepada Bayi

Pengambilan air kosong yang banyak adalah digalakkan kepada kita agar tubuh badan menjadi lebih sihat terutamanya kepada mereka yang menghadapi penyakit kencing manis atau diabetes.

Namun, situasi ini berbeza kepada si bayi yang berusia 5 minggu dan kebawah. Ini kerana, pemberian air kosong boleh meningkatkat risiko kekurangan zat makanan kepada bayi. Apatah lagi jika diberi cecair lain seperti jus buah, air teh dan sebagainya, ia boleh menjejaskan sistem pencernaan bayi dan menghakis salutan pelindung penyakit.

2. Risiko Penyakit Dan Jangkitan

Pemberian air kosong juga boleh meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan kepada bayi dengan mudah. Ini kerana, air kosong atau cecair lain mudah terdedah dengan bakteria.

“Walaupun bakteria atau virus tersebut boleh dilawan dengan antibodi seorang dewasa, namun bagi bayi, ia amatlah sukar kerana seorang bayi memerlukan masa untuk meningkatkan sistem antibodi.”

Berbeza pula dengan penyusuan eksklusif, mulut bayi akan melekap dipayudara si ibu dan tiada pendedahan pada udara. Bakteria atau virus di udara tiada ruang untuk menjangkiti si bayi.

3. Menghakis Salutan Pelindung Penyakit

Susu ibu mempunyai keunikan yang amat luar biasa. Walaupun ia adalah bentuk susu/cecair, namun sangat berbeza khasiatnya walau dibanding dengan susu yang terbaik di dunia.

Air yang diberi pada bayi akan bertindak menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu.

4. Air Pembawa Kuman

Kadar kebersihan air tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Walaupun air tersebut telah ditapis, ia tetap terdedah dengan kuman atau bakteria.

“Apatah lagi jika air tersebut tidak bersih, ia boleh menjadi ejen pembawa kuman kepada bayi.”

5. Pemberian Air Mengurangkan Ransangan

Pemberian air kepada bayi boleh mengakibatkan kurangnya ransangan hisapan oleh bayi. Bayi akan menganggap tidak perlu menghisap untuk mendapatkan kekenyangan. Akibatnya adalah risiko kegagalan penyusuan akan semakin meningkat.

6. Risiko Keracunan Air

Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko keracunan air berlaku. Bayi yang berumur 5 minggu dan kebawah boleh mengalami suhu badan rendah, bayi menjadi kembung dan yang paling digeruni adalah risiko sawan tarik akibat terlalu banyak air.

Air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah akibat daripada keracunan air.

Kesimpulan

Susu ibu mempunyai keunikan dan anugerah istimewa kepada si bayi. Sedarlah bahawa susu ibu adalah hak milik si bayi anda. Jadi, berusahalah untuk memberi hak tersebut kepada pemiliknya supaya perkembangan bayi tersebut seimbang dan kekal sihat dengan izinNya.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Air Kosong Bahaya Untuk Bayi #penyusuan eksklusif #susu ibu

Makanan Ikan Arowana Bagi Cepat Besar
Ikan Arowana perlu diberi makanan dengan baik dan berkualiti agar ikan membesar dengan
Khasiat Lipan Bagi Arowana – Arowana Kebanggaan Malaysia
Lipan sejenis Venom yg berbahaya, dan kulit lipan ada Beta-Carotene (Proten) yang tinggi
Asas Pengenalan Jenis Arowana atau Kelisa ; Highback, Super Highback, Crossback, Malaysian Golden
Terdapat beberapa istilah yang perlu diketahui bagi pembela ikan Arowana. Ilmu ini perlu

Leave a reply "Air Kosong atau Cecair Lain Bahaya Diberi Pada Bayi 5 Minggu"