Adakah ini yang dimaksudkan “Hero Teacher” oleh YB Dr. Maszlee Malik?

200517684 002

Kecoh dalam kalangan guru ketika ini apabila YB Datuk Dr Maszlee Malik berhasrat guru-guru menjadi “Hero Teacher” bagi murid-murid di sekolah dan seterusnya mendidik masyarakat secara tidak langsung.

“Kerajaan akan mengumumkan langkah untuk mengurangkan beban pentadbiran guru-guru, dalam langkah untuk kembali ke era di mana para pendidik bersemangat dan bangga dalam pekerjaan mereka,” kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee

“Saya berharap kita boleh membawa pulang guru emas keemasan. Apabila terdapat guru yang ‘Hero Teacher’,” kata beliau lagi.

Anda tahu siapa yang dikatakan Hero Teacher? Semestinya bukan kita melihat di pakaiannya sahaja. Dan bukan juga dinilai dengan kecekapan mentadbir kelas atau kekemasan menulis buku rekod mengajar. Bukan juga hebat bercakap tentang Pembelajaran Abad 21.

Tetapi, “Hero Teacher” ini boleh dinilai melalui anak muridnya.

Jika anda miliki ciri-ciri seperti dalam video ini, anda mungkin dinobatkan sebagai “Hero Teacher”.

 

kredit : WeAreTeacher youtube channel

Ciri-ciri “Hero Teacher”

1. Anda memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjadi seorang guru.

“Guru kelas saya memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi seorang guru. Saya sentiasa berhubung dengannya semasa sekolah menengah dan universiti. Saya mendapat pekerjaan di sekolah lama saya dan berpeluang mengajar bersama selama 11 tahun sebelum dia bersara. Dia masih salah seorang guru terbaik yang pernah saya miliki.

Dia percaya kepada saya … bukan hanya sebagai pelajar, tetapi sebagai guru. Saya berbangga untuk memberitahu perkara ini ketika saya memberi ucapan pada sambutan persaraannya. “- Cikgu Hakimi

2. Anda mempunyai kecemerlangan Peribadi yang unggul sebagai seorang guru.

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

  • Nilai kendiri yang positif
  • Berakhlak mulia
  • Adil
  • Bertimbang rasa
  • Amanah
  • Bertanggung jawab
  • Kreatif
  • Inovatif
  • Kemas
  • Sikap sedia berkongsi
  • Bersikap terbuka
  • Berpemikiran positif
3. Anda punyai Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran.

 

kredit: Artis Alaf 21 Youtube Channel

Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

  • Mengamalkan budaya ilmu
  • Berkebolehan menyelesaikan masalah
  • Membuat keputusan yang rasional serta objektif
  • Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing
4. Anda mempunyai Kecemerlangan komunikasi yang jelas dan berhemah.

Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

  • Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
  • Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
  • Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
  • Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
5. Anda Mempunyai Kecemerlangan Potensi dalam aspek dalam dan luar sekolah.
  • Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Kredit : FB Kompang Seri Gempita 

  • Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.
6. Anda mempunyai Personaliti Unggul yang mencerminkan jiwa pendidik dan sesuai dengan keadaan semasa.

Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

  • Adil
    • Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul.
  • Sabar
  • Tegas
    • ada waktu perlu tegas dan ada waktu perlu berkasih sayang. Tegas untuk kebaikan murid lebih baik daripada membiarkan murid melakukan kesalahan.
  • Konsep kendiri positif

kredit : Chekgu Fauziati Youtube channel 

  • Kesungguhan
    • mempunyai NAK sahaja tidak cukup untuk melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya. Perlu ada NAK dan NEKAD, barulah dipanggil sebagai ‘kesungguhan’.
  • Mesra
    • Mesra elemen penting seorang guru. Guru yang mesra akan disukai murid dan rakan guru yang lain.
  • Prihatin
    • prihatin adalah satu elemen yang halus yang lahir daripada jiwa pendidik yang benar.
  • Kerjasama
    • Kerjasama boleh mengeratkan hubungan antara masyarakat. Perkara yang berat menjadi Ringan apabila konsep kerjasama diaplikasikan.
  • Menepati masa
    • Menepati masa amatlah penting bagi seorang guru. Jika tak mampu, ringankan lidah untuk memohon maaf.
  • Bertanggung jawab
  • Berakhlak mulia
    • Akhlak Mulia lahir daripada jiwa yang benar sebagai seorang pendidik. Berpegang pada akhlak Rasulullah, kerana Akhlak Rasulullah adalah sebaik-baik Teladan.
  • Kecindan (unsur jenaka)
    • Ada waktu sesuai dengan unsur kecinda atau lawak. Ada ketikanya perlu serius dalam sesuatu hal. Bergantung kepada situasi agar disegani murid dan masyarakat.

 

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Adakah ini yang dimaksudkan “Hero Teacher” oleh YB Dr. Maszlee Malik?"