9 Prinsip Wali Songo Yang Menyebabkan Islam Seluruh Nusantara

Wali Songo 400x400

  1. KALIMASADA SENJATANE

Syahadah berasaskan makrifat menjadi isi pegangan membuahkan kekuatan iman, Islam dan ihsan. Ertinya selalu mendakwahkan Iman, Islam dan Ihsan. Mengajak umat kembali kepada Allah dan setia kepada RasuluLlah SAW.

  1. BECIK KETITIK, OLO KETORO

Yang benar pastikan menang, yang salah pastikan kalah. Dakwah Wali Songo adalah dakwah kebenaran dengan cara damai dan hikmah dan Allah pasti akan menolongnya.

  1. SUGIH TANPA BANDO

Kaya tanpa harta. Menyakini bahawa kejayaan usaha dakwah bukan bergantung kepada harta benda tetapi bergantung kepada Allah.

  1. NGLURUG TANPA BALA

Menyerbu tanpa tentera. Ertinya jangan terhijab dan terpesona dengan jumlah kita, kerana kemenangan berasal daripada pertolongan Allah bukan kerana banyaknya pengikut. Kemuliaan hanya dalam iman, taqwa, akhlaq dan pengamalan Islam secara kaafah.

  1. MENANG TANPA NGASORAKE

Menang tanpa keangkuhan.  Ertinya berdakwah harus dengan cinta, damai dan lemah lembut, membina hubungan persaudaraan yang penuh kasih sayang, merendah hati, menghormati perbezaan dan menjauhi mengkritik.

  1. MULYA TANPA PUNGGAWA

Mulia tanpa pangkat atau kedudukan. Kemuliaan hanya disisi Allah bukan disisi manusia. Pengikut yang ramai serta pengaruh yang luas bukan menjadi ukuran

  1. MLETIK TANPA SUTANG, MABUR TANPA LAR

Melompat tanpa kaki, terbang tanpa sayap. Ertinya niat untuk berdakwah ke seluruh penjuru alam adalah berkat pertolongan Allah dan bukannya sebab-sebab yang lain. Bergerak keserata alam untuk berdakwah kepada umat.

  1. MENANG TANPO TANDING

Menang tanpa bertempur. Menguasai secara evolusi bukan konfrontasi, menggunakan cara damai , mengelakkan kekerasan dan kasih sayang.

  1. DIGDOYO TANPO AJI

Ditikam tidak lut. Kebal dengan caci maki atau fitnah.

Forummuslim.org E1510815868366

Kredit Foto : informazone

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "9 Prinsip Wali Songo Yang Menyebabkan Islam Seluruh Nusantara"