8 TIPS Penting Untuk Ibu AYAH : Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Kanak Kanak Yang Tidak Boleh Membaca

8 Trik Mudah Agar Anak Gemar Membaca

Membaca adalah perkara utama dalam pendidikan. Rasulullah juga dulunya diajar membaca oleh Malaikat Jibril di dalam Gua Hira’. Ini menandakan bahawa membaca itu amat penting agar perkembangan minda dan proses pembelajaran berlaku dengan baik.

Ibu ayah perlu memainkan peranan penting anak anak bijak membaca dan menulis dan mengira seawal usia. Kemahiran membaca, menulis dan mengira ni sangat penting tau untuk anak anak sekolah rendah supaya mereka seronok pergi sekolah dan faham apa sahaja yang cikgu ajarkan di sekolah.

“Yang lebih penting mereka lebih bersedia untuk menghadapi dunia penuh cabaran selepas ini.”

8 TIPS Penting Untuk Ibu AYAH Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Kanak Kanak Yang Tidak Boleh Membaca

1. Minta dia tulis perkataan yang disebut oleh kita. Tapi jika dia tak pandai tulis, dia masih kurang mahir membaca sebab siapa tak pandai membaca tak akan pandai menulis

33176555 1787817121256487 1232817744672456704 N

kredit foto : Akademi Perniagaan Barangan Kanak-kanak

2. Suruh dia baca surat khabar atau artikel yang tanpa gambar. Jika tak dapat baca atau gagap, dia masih di tahap lemah

3. Suruh dia baca ayat tunggal. Ayat yang tidak melebihi 6 perkataan. Jika masih tak boleh baca, dia masih keadaan lemah membaca.

kredit :  Eliani Nik Nawi,youtube channel

4. Seterusnya, suruh dia baca perkataan yang mempunyai 3 suku kata. Contoh, kereta. Jika masih tak dapat, sangat lemah skill membaca dia

5. Perkataan 3 suku kata tak boleh baca, bagi dia baca perkataan 2 suku kata. Jika masih tak boleh, ini sangat bahaya.

6. Ingat, jangan sesekali tunjuk perkataan yang ada gambar sebab mereka dah biasa tengok benda tu dan boleh sebut. Ini tentang membaca.

8 Trik Mudah Agar Anak Gemar Membaca

kredit foto: Merdeka.com

7. Jika tak boleh baca 2 suku kata seperti Batu, Mata dan lain lain. Kena ajar 1 suku kata lah, bagi perkataan KV seperti BA, TA, CA.

33020551 1787817107923155 3962067052356698112 N

kredit foto : Akademi Perniagaan Barangan Kanak-kanak

8. Jika masih tak boleh baca 1 suku kata, dia memang di dalam tahap bahaya. Kena mula dari awal iaitu belajar mengenal bunyi huruf dan perlu bermula dari A,I, U dan IBU AYAH kena betul betul bantu anak anak sehingga dia boleh membaca dan menulis dengan baik..

“IBU AYAH, Percayalah….Ibu ayah adalah guru terbaik untuk anak anak dan Ibu ayah boleh bantu anak lebih cepat membaca dengan mengajar anak sendiri dirumah.”

 

7 KELEBIHAN mengajar anak sendiri di rumah.

  1. Suasana santai
  2. Kelonggaran masa dan tempat belajar
  3. Penumpuan minat mengikut personaliti
  4. Terhindar dari gejala sosial
  5. Hubungan keluarga lebih akrab
  6. Modul bebas
  7. Kos pendidikan yang fleksibel

“Hadiah terbaik dari seorang Ibu & Ayah kepada anaknya adalah pendidikan dan pengasuhan.”

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Biodata Mimi Lana, Pelakon Drama, Cari Aku Di Syurga
Biodata Nama Penuh : Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin Nama Popular : Mimi Lana
Makanan Tak Boleh Dimakan Buat Ibu Berpantang Hamil
Amalan berpantang bagi ibu hamil amat perlu dititikberatkan oleh para suami isteri dan
Penyusuan Bayi : Tanda Bayi Lapar Atau Ingin Disusukan (Feeding On Cues)?
Proses penyusuan bukanlah semudah yang disangka. Ibu perlu bekalkan ilmu yang cukup agar
Faedah Ibu Dan Anak Bersama Sepanjang Masa Selepas Bersalin (Rooming In)
Selepas daripada bersalin, ibu perlu berehat sebentar akibat daripada keletihan bertarung nyawa dalam

Leave a reply "8 TIPS Penting Untuk Ibu AYAH : Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Kanak Kanak Yang Tidak Boleh Membaca"