7 Perubahan Yang Akan Berlaku Di Sekolah Pada Tahun 2019

F0d08246 D95f 447b Ac97 A0f9c8052e38

Guru-guru perlu tahu tentang 7 Perubahan Yang Akan Berlaku Di Sekolah Pada Tahun 2019. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh YB Dr. Maszlee Malik di media dan akaun rasmi twitter beliau.

Berikut adalah tujuh perubahan yang akan dilakukan :

  1. Masalah sekolah daif akan diselesaikan secara signifikan.
  2. Tiada lagi tugas-tugas pengkeranian guru yang membebankan.
  3. Peperiksaan Tahap 1 bagi murid Tahun 1,2 dan 3 akan dimansuhkan dan diganti dengan pentaksiran alternatif.
  4. Penekanan kepada pendidikan berteraskan nilai.
  5. Sarapan dan bantuan kepada murid b40.
  6. Kanak-kanak tanpa dokumen boleh mula bersekolah.
  7. Tiada lagi pembahagian kelas mengikut kelas pandai, kelas kurang pandai.

Semoga usaha yang akan dilakukan ini akan memberi impak yang positif dan tagline #PendidikanUntukSemua yang sering diwar-warkan akan membawa kebaikan kepada masyarakat.

1. Masalah sekolah daif akan diselesaikan secara signifikan

Perkara seharusnya memberi kegembiraan kepada ibubapa dan anak-anak yang kebanyakan bersekolah di kawasan pedalaman. Kebanyakan sekolah daif ini berlaku di kawasan borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

4ab02205 2b9d 404e 8881 F8e3e1709027.transformed

kredit BH Online

Kos yang diperlukan teramat tinggi untuk membaik pulih sekolah tersebut.

“Kita bersimpati terhadap anak-anak kita yang terpaksa belajar dalam keadaan yang serba kekurangan, namun saya percaya mereka serta guru-guru mempunyai motivasi serta impian untuk mencapai kejayaan.

“Sekolah berkenaan bukan sahaja memerlukan baik pulih terhadap bilik darjah, malah kuarters guru juga sangat perlu dibaikpulih atau dalam keadaan tertentu perlu pembinaan semula,” katanya.

petikan dari BH Online

2. Tiada lagi tugas-tugas pengkeranian guru yang membebankan

Perkara ini semestinya menggembirakan para guru yang kini semakin hari semakin banyak kerja pengkeranian yang terpaksa dilakukan. Sehingga guru-guru tidak dapat memberi fokus sepenuhnya pada tugas mendidik akibat kerja pengkeranian yang perlu disiapkan dengan segera.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu bertujuan memperkasa profesyen guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

Image

Beliau berkata, amat merugikan apabila kemahiran dan kepakaran guru tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas perkeranian.

Petikan dari BH Online

3. Peperiksaan Tahap 1 bagi murid Tahun 1,2 dan 3 akan dimansuhkan dan diganti dengan pentaksiran alternatif

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin, pentaksiran alternatif adalah sebahagian daripada proses pembelajaran serta seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PB) yang berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik.

Menerusinya akan menggalakkan guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti melaksanakan pengajaran berbeza dan pengajaran pemulihan mengikut tahap keupayaan murid.

Hasil pentaksiran boleh membantu guru dan ibu bapa untuk menilai dan menambah baik pembelajaran murid.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pentaksiran-alternatif-ganti-peperiksaan-tahun-1-2-dan-3-1.781100#ixzz5alu7nkp0
© Utusan Melayu (M) Bhd

4. Penekanan kepada pendidikan berteraskan nilai

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

“Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia”

(Wan Mohd. Zahid, 1988)

Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

Pendidikan yang sebenar adalah perubahan akhlak yang berlaku pada murid-murid. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan keperibadian yang unggul agar memberi perubahan yang baik terhadap masyarakat akan datang.

5. Sarapan dan bantuan kepada murid b40

Seramai 2.7 murid sekolah rendah seluruh negara akan berpeluang menikmati sarapan bermula awal persekolahan Januari 2019 nanti.

Perkara ini akan membantu meringankan beban keluarga yang tidak mampu menyediakan anak-anak mereka sarapan pagi yang berkhasiat.

Siapa kumpulan B40?

Kumpulan B40 dikategorikan sebagai miskin bandar, kerana mereka menampung kos keperluan yang tinggi seperti sewa rumah, pengangkutan dan makan.

6. Kanak-kanak tanpa dokumen boleh mula bersekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata, sebab utama kanak-kanak tidak memiliki kerakyatan kerana ibu bapa tidak mendaftarkan perkahwinan sebelum anak dilahirkan.

Beliau berkata bagi kanak-kanak yang belum memiliki kerakyatan tetapi salah seorang ibu bapanya warganegara Malaysia serta memiliki sijil lahir pula, mereka tetap boleh mendaftar untuk bersekolah di sekolah kerajaan.

C2 5

kredit The Malaysian Insight

“Langkah ini diambil kerana kerajaan berhasrat memberi pendidikan formal kepada semua kanak-kanak,” Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching

kredit : Free Malaysia Today

7. Tiada lagi pembahagian kelas mengikut kelas pandai, kelas kurang pandai

AMALAN pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid perlu dihentikan sepenuhnya bermula 2019.

“Selaras dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang dilaksanakan tahun ini, pihak sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS kerana kita mahu murid dididik secara holistik dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.” Datuk Dr. Amin Senin

Dari pandangan guru, mungkin perkara ini memberi cabaran baru terutamanya bagi sekolah memiliki jumlah pelajar yang ramai. Dalam setiap kelas memiliki aras pembelajaran pelajar yang berbeza-beza menyebabkan guru terpaksa memberi fokus kepada murid yang kurang pandai dan murid pandai tidak dapat dioptimumkan pembelajarannya.

Kesimpulan

Keprihatin menteri bertepatan dengan slogannya yang mementingkan tiga prinsip iaitu kegembiraan, kasih sayang dan saling-menghormati. Bersama merealisasikan hasrat Menteri Pendidikan kita iaitu Pendidikan Untuk Semua.


Carian Berkaitan
5 Sarapan dan bantuan kepada murid B40

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Biodata Luqman Faiz, Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Single Kepuraanmu
Biodata Nama Penuh : Luqman bin Abd Halim Faiz Nama Popular : Luqman
Biodata Andi Bernadee, Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Single Donde
Biodata Nama Penuh : Andi Azrul Bin Andi Mapangile Nama Popular : Andi
Biodata Fieya Julia, Penyanyi Wanita Meletop, Single Perasaanku
Biodata Nama Penuh : Nur Syafiyah binti Sejali Nama Popular : Fieya Julia
Cara Buat Infusoria Yang Mudah Dan Jimat
Pengenalan Infusoria adalah istilah kolektif untuk makhluk akuatik seperti ciliates, euglenoids, protozoa, alga

Leave a reply "7 Perubahan Yang Akan Berlaku Di Sekolah Pada Tahun 2019"