6 Perkara PENTING Ibubapa perlu cakna bagi Anak ke Sekolah Menengah

48393315 857294421107497 8678316351707676672 N

Alam remaja menimbulkan seribu satu persoalan bagi kanak-kanak yang baru melangkah ke dunia baru ini. Dalam usia yang masih muda serta masih belum ada arah tuju membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan persekitaran terutama rakan sebaya. 

48393315 857294421107497 8678316351707676672 N

kredit : FB Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

Justeru, tidak hairanlah semakin meningkat dewasa, anak lebih cenderung mengikut kata kawan berbanding ibu bapa sendiri.

“Apakah persediaan mental yang boleh dibekalkan kepada anak yang bakal memasuki alam remaja terutama yang baru hendak melangkah ke sekolah menengah tidak lama lagi?”, tanya ibubapa.

Kredit video : Rico Huang, youtube channel 

Berikut adalah Persediaan ibubapa bagi anak memasuki Sekolah Menengah

1. Perubahan pelajar yang tidak mempunyai salah laku di sekolah rendah dan mempunyai sahsiah yang baik di rumah tetapi ponteng dan berubah laku kerana tidak dapat menyesuaikan diri di sekolah menengah.

49192807 857294501107489 2987943928180768768 N

Ini kerana pelajar sedih kerana berpisah dengan rakan baik, berlainan kelas dengan geng sekolah rendah, tidak dapat menyesuaikan diri dengan kawan kawan kelas antara isu yang kerap diutarakan oleh pelajar tingkatan satu sewaktu sesi kaunseling. Pelbagai ragam terpaksa dihadapi oleh ibu bapa seperti pelajar enggan ke sekolah hingga perlu ditemani oleh ibu bapa seawal melangkah kaki ke pagar sekolah hingga di hadapan kelas dan dijemput apabila balik dari sekolah, pelajar enggan masuk ke kelas dan mundar mandir ke sana ke mari tanpa arah tujuan.

Ada yang dihantar oleh ibu bapa ke sekolah tetapi selepas itu mereka membelok ke arah lain dan tidak masuk sekolah. Ketidakhadiran mula dikesan apabila guru kelas menelefon ibu bapa.

2. Perubahan emosi dan psikologi anak-anak yang meningkat remaja ini perlu ditangani dengan baik kerana jika dibiarkan anak tersebut akan mengalami masalah disiplin pula. Bagi ibubapa pula, jangan terlalu berkeras dengan anak sewaktu anak mengalami proses penyesuaian ini dan sila rujuk kepada guru kaunseling untuk sesi seterusnya.

“Ini kerana saban tahun ada sahaja kes yang melibatkan masalah pelajar tingkatan 1 yang perlu menyesuaikan diri dengan perubahan di sekolah menengah. Strategi memujuk dan mengembalikan keyakinan dengan kerjasama ibu bapa adalah amat penting.”kata cikgu.

48409008 857294554440817 8749962144281264128 NAntara isu utama yang perlu ibu bapa ambil berat ialah:

1. Salah Menguruskan Masa

Murid -murid Darjah 6 kebiasaanya ialah murid di sesi pagi dan disebelah petang menghadiri kelas agama. Oleh itu masa mereka agak penuh dari pukul 6.30 pagi hingga 6 petang. Disinilah masa yang kritikal di mana mereka mudah terjebak dengan masalah sosial dan masalah disiplin.

“Ini kerana ibu bapa keluar bekerja di awal pagi dan meninggalkan rumah dalam keadaan anak di rumah menyebabkan mereka mudah mempercayai anak.”

Ketika ini sama ada murid ke sekolah awal pagi untuk singgah ke rumah kawan, atau ke siber cafe atau melepak di shopping complex memandangkan sekolah bermula pada pukul 1.10 tengah hari.

2. Mata pelajaran yang banyak dengan kerja rumah yang banyak

Mata pelajaran yang banyak berbanding dengan darjah 6 menyebabkan murid rasa terbeban. Ini kerana subjek darjah 6 boleh dirujuk kepada ibu bapa tetapi silibus tingkatan 1 menuntut ibu bapa juga membuat sedikit homework untuk mengajar anak.

“Malu bertanya dengan kawan kelas adalah perkara biasa dalam bulan pertama memandangkan murid dari pelbagai latar belakang sekolah rendah yang berbeza menyebabkan mereka malu untuk bertanya soalan jika tidak faham.”

48393303 857294624440810 2849990038194749440 N

Namun jika dibiarkan, murid hanyut dan merasakan semakin hari semakin sukar. Ini juga punca kenapa murid darjah 6 yang mendapat keputusan yang baik UPSR 3A 3B ke atas tetapi pada peperiksaan pertengahan tahun mendapat keputusan yang hanya C, D atau gagal dalam mata pelajaran.

3. Kurang komitmen ibu bapa terhadap anak di sekolah menengah

Apabila anak di sekolah rendah, guru akan memaklumkan apa sahaja melalui surat memo kepada ibu bapa yang perlu ditandatangani yang menunjukkan ibubapa membaca surat makluman tersebut atau ibu bapa sendiri akan bertanya kesahihan setiap program jika tiada bukti sesuatu program dijalankan.

Berbeza di sekolah menengah, murid tidak suka mengambil surat makluman sekolah untuk ditunjukkan kepada ibu bapa kerana majoriti murid sekolah menengah ada trend tidak suka ibu bapa datang ke sekolah untuk menghadiri program.

“Ibu bapa juga sudah kurang bertanya perkembangan sekolah kepada anak -anak kerana beranggapan anak sudah besar dan boleh berurusan pengangkutan sendiri jika perlu datang awal ke sekolah atau ada program pada hari Sabtu.”

Berbeza dengan sekolah rendah, setiap pergerakan anak perlu diatur untuk dihantar atau dijemput. Hubungan yang longgar ini menyebabkan peluang banyak dicipta untuk anak-anak mencipta alasan dengan memaklumkan kepada pihak sekolah, ibu bapa tidak dapat hadir walhal ibu bapa tidak tahu tentang program dan ibu bapa percaya kepada makluman anak tanpa menelefon pihak sekolah.

4. Pengaruh rakan sebaya

Murid tingkatan 1 adalah murid awal remaja. Mereka mula mencari pengaruh dan kawan. Dengan pelbagai latar belakang yang berbeza, murid-murid mencari klik kawan yang serasi. Ketika inilah pemilihan kawan yang betul sangat penting.

Gelaja Ponteng Berleluasa3

kredit foto: sotonglover.wordpress.com

Murid ingin diterima oleh rakan sebaya dengan melakukan aktiviti yang dianggap boleh diterima oleh rakan sebaya bagi diterima sebagai klik tersebut. Masalah disiplin yang berlaku pada murid tingkatan 1 adalah kerana melakukan aktiviti bagi diri ‘diterima’ seperti ponteng kelas, merokok sebelum datang ke sekolah dan guru boleh membaunya, melepak di tempat tertentu seperti cyber cafe dan sebagainya.

“Oleh kerana itulah ada murid di sekolah rendah yang mempunyai sahsiah yang sangat baik, tetapi sebaliknya di sekolah menengah. Perubahan ini perlu diperhatikan oleh ibu bapa.”

5.  Menjadi perhatian

Murid tingkatan 1 adalah murid junior dengan rupa yang baru bagi sekolah menengah. Oleh kerana itu, bagi murid ini, mereka akan menjadi tarikan sama ada pada rakan sebaya malah pada senior terutama bagi yang mempunyai wajah yang menarik sama ada lelaki dan perempuan. malah ketika inilah abang -abang dan kakak- kakak mula mengambil langkah untuk menjadikan mereka adik angkat.

Oleh yang demikian, bermacam konflik berlaku apabila berlaku perebutan adik angkat malah dengan rakan sebaya yang mula rasa cemburu dengan populariti yang ada.

Malah ada rakan sebaya yang ingin tumpang tempias populariti yang ada, dengan berkawan dengan murid tersebut dan menjauhkan diri dengan kawannya sendiri dari sekolah rendah yang sama.

6. Melebarkan pengaruh

Bagi sesetengah murid darjah 6 yang telah dikenali sebagai ketua dalam masalah disiplin di sekolah rendah, sudah mula menunjukkan belang pada bulan pertama. Oleh kerana itu guru kaunseling sering menyarankan pada ibu bapa sewaktu pendaftaran orientasi, agar memaklumkan kepada guru kaunseling mengenai salah laku anak di sekolah rendah kepada kami agar dapat membuat pemantauan awal.

kredit : ASA Production, youtube channel 

Jika gejala ini tidak dipantau, murid -murid ini akan mencari peluang yang baru untuk membina klik atau kumpulan yang baru dalam menjalankan salah laku disiplin di sekolah menengah. Ibu bapa seharusnya ridak malu memberitahu agar masalah anak mereka dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

 

Pesanan Cikgu agar pastikan matlamat anak anda adalah :

” PERGI DENGAN HARAPAN, BALIK DENGAN KEJAYAAN”

Ingatkan pengorbanan ibu bapa kepada anak anda agar mereka sedar bahawa:
Masalah pelajar seluruh dunia adalah hampir sama… cuma para pelajar harus amalkan nasihat yang diberikan oleh guru-guru mereka. Pasti anak anda akan berjaya satu hari nanti.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "6 Perkara PENTING Ibubapa perlu cakna bagi Anak ke Sekolah Menengah"