5 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Oleh Ibubapa Dalam Mendidik Anak

35844793 230867590841361 8779134773336473600 N

UBAH SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT !

Anak-anak adalah kurniaan yang paling berharga sekali. Ada orang sanggup menghabiskan wang berjuta-juta untuk buat rawatan, cari anak angkat, proses tabung uji dan sebagainya.

Namun, apabila dikurniakan anak dalam apa cara sekalipun, tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak tersebuy menjadi insan yang berguna untuk masyarakat.

Kegagalan dalam mendidik anak dan menjadikan anda berada dalam kelompok ibubapa yang ‘gagal’ adalah perkara yang tidak diinginkan oleh semua ibubapa.35844793 230867590841361 8779134773336473600 N

Walaupun tidak ingin berada di dalam kelompok sedemikian, masih ramai ibubapa yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya melakukan kesalahan dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak.

Alamak! Apa yang anda telah lakukan?

Kalau nak tahu apa tanda-tanda yang menunjukkan anda salah teknik mendidik anak, cuba ‘check’ 5 tanda ini. Mana tahu, anda pernah buat dekat anak-anak tanpa disedari. Ubah sekarang sebelum terlambat..!!

1) ANAK KENA MARAH WALAUPUN BERCAKAP BENAR

Situasi ini mesti pernah berlaku dimana bila anda tengah marah, sampai semua benda yang betul pun anda nak marah sekali. Tambahan pula bila anak tengah bercakap benar atau memberitahu perkara yang betul, pun anda marah.

Untuk menjadi ibubapa yang prihatin, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengasingkan hal di pejabat dengan peribadi.

Selalunya, punca kepada kemarahan kepada anak-anak adalah kerana stress dengan kerja kan? Justeru, cuba untuk imbangkan emosi dan jangan sesekali memarahi anak terutamanya ketika mereka bercakap benar.

2) MARAH DAN PUKUL ANAK DI DEPAN ORANG RAMAI

Bila anak buat salah sikit saja, nak tenking anak, nak pukul anak. Bukan tak boleh nak marah anak tetapi elakkan untuk melakukan sedemikian di hadapan orang ramai.

Cuba bayangkan kalau kita diperlakukan sebegitu, mesti malu kan?

Ibubapa perlu sedar bahawa dengan menengking dan memarahi anak di hadapan orang ramai tidak dapat membantu anak-anak untuk menjadi seseorang yang lebih berguna. Sebaliknya, mereka akan menjadi seorang yang ‘rebel’ dan akan memberontak di masa hadapan.

3) TERLAMPAU BANYAK PERATURAN, TAPI TAK DIDIK ANAK UNTUK MEMATUHI

Kebanyakkan ibubapa selalu menetapkan peraturan di rumah atau dari segi pelajaran dalam kehidupan anak-anak. Contohnya, kena basuh pinggan selepas makan, kena selalu dapat tempat pertama dalam peperiksaan atau kena bangun awal untuk belajar.

35847074 230867944174659 6991358927048802304 N

“Masalahnya di sini adalah, peraturan yang ditetapkan tidak diiringi dengan bimbingan dari ibubapa.”

Sebaliknya, anda perlu mendorong anak-anak dengan ayat yang sedap didengari supaya mereka lebih bersemangat mengikut peraturan yang ditetapkan, bukan dengan menggunakan ayat yang keras dan memerintah.

4) TIDAK MEMBERIKAN KASIH SAYANG YANG SECUKUPNYA

Kasih sayang yang secukupnya adalah amat penting dalam proses mendidik anak-anak. Pernah tak anak-anak menjadi lebih nakal semata-mata untuk menarik perhatian anda? Ini menunjukkan bahawa anak anda sedang mengalami ’emotional breakdown’ dan memerlukan kasih sayang yang secukupnya dari ibubapa. Jangan pula pada masa ini, anda membiarkan anak terumbang-ambing menagih kasih sayang pula.

4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

kredit foto : Mizz Daisy

5) TAK MENYOKONG ANAK DI SAAT MEREKA PERLUKAN ANDA

Situasi begini akan berlaku apabila anak-anak sedang berada dalam minggu peperiksaan. Jika anda nampak anak tengah mengalami masalah ketika belajar dan membuat persediaan pada malam hari untuk menghadapi peperiksaan, jangan pula dibiarkan sahaja. Ya, mungkin anda pun mempunyai banyak kerja untuk dilakukan, tetapi sekurang-kurangnya tanyalah keadaan anak-anak dan berikans edikit tunjuk ajar supaya mereka tahu, anda berada di sisi mereka di dalam saat kesusahan.

“Jadilah ibubapa yang lebih prihatin dan didiklah anak mengikut cara yang betul supaya mereka akan membesar menjadi orang yang lebih berguna.”

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "5 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Oleh Ibubapa Dalam Mendidik Anak"